awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki negara dilapor hilang selepas takluk Everest

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/05/2023
05:44 MYT
Pendaki negara dilapor hilang selepas takluk Everest
Muhammad Hawari berjaya menawan puncak Everest (8,848 meter dari paras laut) kira-kira pukul 3.30 petang Khamis -Foto Ihsan ME 2023
KUALA LUMPUR: Pendaki negara Muhammad Hawari Hashim, yang menyertai misi pendakian Gunung Everest, Himalaya dilaporkan hilang sejak Jumaat.
Muhammad Hawari yang juga orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dipercayai hilang selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu pada 18 Mei.
Sumber memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa mangsa merupakan kumpulan sama yang menyertai Malaysia Everest 2023 (ME 2023) bersama Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lot Kol Awang Askandar Ampuang Yaacub yang dilaporkan meninggal dunia semalam.
Muhammad Hawari dipercayai hilang ketika dalam perjalanan turun dari Kem Empat.
Sementara itu, berita kehilangan Muhammad Hawari turut dilaporkan oleh portal The Himalayan Times (THT) hari ini.
Portal tersebut yang memetik Pengarah Pengembaraan Perintis, Nivesh Karki berkata, Muhammad Hawari gagal dihubungi selepas meninggalkan Kem Empat.
Nivesh menambah maklumat berhubung kehilangan mangsa telah diedarkan kepada semua pengendali bagi mengesan sekiranya dia berteduh di kem lain.
Difahamkan, operasi mencari dan mengesan Muhammad Hawari sedang giat dijalankan.
Dalam pada itu, Muhammad Hawari dalam kemas kini di laman Instagramnya memaklumkan antara pendaki yang terlibat dalam ME 2023 ialah Allahyarham Awang Askandar, Azim Afif (Ketua Misi ME 2023), serta Vincent Tiong Ling Yang.
View this post on Instagram
A post shared by Hawari Warie (@hawariwarie)
Astro AWANI akan mendapatkan perkembangan terkini dari masa ke masa.
Media semalam melaporkan Muhammad Hawari berjaya menawan puncak Everest (8,848 meter dari paras laut) kira-kira pukul 3.30 petang Khamis.
Topic Berkaitan
#Muhammad Hawari hilang
#Pendaki Malaysia Everest hilang
#Kematian Pengarah APM Everest
#orang kelainan upaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan