awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki tertua negara sambung perjalanan ke Everest Base Camp

Bernama
Bernama
09/04/2017
23:52 MYT
Pendaki tertua negara sambung perjalanan ke Everest Base Camp
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) melihat dari dekat pakaian khas dipakai pendaki tertua Malaysia James Lee Chong Meng, 69, ketika mengadakan pertemuan di Parlimen 29 Mac lepas. - BERNAMA
Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng, yang mahu menawan Gunung Everest, akan ke Lobuche, Nepal, yang terletak 4,910 meter di atas paras laut, menyambung perjalanan ke Everest Base Camp hari ini.
Lee, 69, dan anggota pasukannya kini berada di Dingboche yang terletak 4,410m atas paras laut, selepas tiba di sana pada Sabtu.
"Cuaca agak baik dan kami dapat menikmati sinaran matahari. Saya boleh katakan kami semua berada dalam keadaan baik.
"Esok kami akan bergerak dari Dingboche ke Lobuche, satu laluan yang agak sukar," katanya dalam rakaman audio yang dihantar ke Bernama, rakan media pendaki tertua negara yang dalam misi sampai ke puncak tertinggi dunia itu.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Lions Mount Everest Expedition (MEE), Sherine Leong berkata laluan ke Lobuche akan mengambil masa enam jam, bergantung kepada keadaan cuaca.
Katanya, Lee melakukan latihan penyesuaian pada Ahad sebelum bergerak ke Lobuche.
Selepas Lobuche, Lee dijangka meneruskan perjalanan ke Gorakshep (5,164m) pada 11 April sebelum sampai ke Everest Base Camp (5,380m) pada 12 April.
Lee dan pasukannya sampai ke Kathmandu pada 1 April lepas.
Lima pendaki yang bersamanya adalah Eugene Kwan Jyh Sin, 47, Chong Nyuk Kooi, 49, Teng Hee Weng, 48, serta Berdych Tan Teck Chai dan Jack Oh Jin yang masing-masing berusia 32 tahun.
Mereka akan menemani Lee sehingga ke Everest Base Camp sebelum Lee menyambung perjalanannya ke puncak gunung itu dalam ekspedisi yang dianjurkan Lions Club of Port Dickson Pantai.
Pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan peringkat akhir pendakiannya ke puncak Gunung Everest apabila sampai ke Kem III pada ketinggian 7,200m kerana cuaca buruk. Ketinggian Gunung Everest ialah 8,848m.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#base camp
#Gunung Everest
#James Lee
#Kathmandu
#pendaki veteran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan