awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki warga India hilang di Gunung Jasar, Cameron Highlands

Sinar Harian
Sinar Harian
28/09/2023
03:30 MYT
Pendaki warga India hilang di Gunung Jasar, Cameron Highlands
Anggota bomba melakukan pencarian mangsa menggunakan khidmat anjing pengesan. -Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang pendaki warga India dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Cameron Highlands sejak seminggu lalu.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa, Nanda Suresh Nadkarni, 44, dipercayai keluar dari hotel untuk mendaki Gunung Jasar kira-kira jam 9.20 pagi 22 September lalu.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun tidak pulang untuk mendaftar keluar sebelum kehilangannya dilaporkan kepada pihak berkuasa.
"Pihak bomba menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands pada 25 September lalu sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.
"Operasi SAR dimulakan dengan kekuatan kira-kira 100 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk JBPM, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
"Pencarian turut dibantu tiga anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) polis dan bomba," katanya.
Zulfadli berkata, tindakan SAR digerakkan berdasarkan maklumat yang diterima daripada syarikat telekomunikasi yang berjaya mengesan lokasi terakhir mangsa melalui pencawang Habu Height pada 22 September lalu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, berdasarkan petunjuk terbaru daripada pihak polis, ada saksi mendakwa terserempak dengan mangsa yang bertanyakan arah jalan ke puncak Jasar dan Bharat Teh.
Menurutnya, pencarian diteruskan di kawasan yang dipercayai berada dalam radius lokasi mangsa dikesan sebelum itu bermula dari Sungai Ubi menghala ke Bharat Teh. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#Nanda Suresh Nadkarni
#pendaki warga India
#gunung jasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan