KUALA LUMPUR: Pasukan pendakwaan dan pembelaan dalam kes bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi, telah menyerahkan lebih 1,200 muka surat hujahan bertulis di akhir kes pendakwaan kepada Mahkamah Tinggi di sini yang akan didengar pada 5 Ogos.
Pasukan pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran menyerahkan kira-kira 200 muka surat hujahan bertulis manakala pembelaan yang diketuai peguam Hisyam Teh Poh Teik mengemukakan kira-kira 1,000 muka surat.
Raja Rozela memberitahu Bernama, hujahan di akhir kes pendakwaan sepatutnya didengar sepanjang minggu ini namun ditangguhkan ke 5 Ogos berikutan pelaksanaan Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Tarikh hujahan ditetapkan pada 5, 6, 9, 11, 13 dan 24 Ogos 2021. Pihak kami mengemukakan kira-kira 200 muka surat hujahan bertulis pada pertengahan bulan Jun lepas," katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.
Hisyam ketika dihubungi mengesahkan mengenai tarikh hujahan dan memberitahu pihaknya telah menyerahkan hujahan bertulis dan dokumen berkaitan kira-kira 1,000 muka surat kepada mahkamah pada 15 Jun lepas.
Ahmad Zahid, 68, sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 dakwaan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Pada 21 Feb 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selepas tiada bantahan daripada pihak pendakwaan.
Bagi pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran kad kredit peribadinya, polisi insurans serta lesen untuk kenderaan peribadinya, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan Affin Bank Jalan Bunus off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016. Pertuduhan dibuat menurut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua hingga 20 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Beliau didakwa melakukan kesalahan-kesalahan terbabit di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018, menurut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut berdepan 27 dakwaan pengubahan wang haram dengan terlibat dalam transaksi langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Malayan Banking Berhad, cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, No. 1 Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, LG 1.15, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, dekat sini, antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.
Ahmad Zahid juga menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat berhubung sistem visa luar negara di Mahkamah Sesyen Shah Alam, menjadikan keseluruhan 87 pertuduhan terhadap beliau.
Bernama
Fri Jul 02 2021
Ahmad Zahid, 68, sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 dakwaan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. - Gambar fail
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.