MALAYSIA
Pendakwah Orang Asli anggap cabaran media sosial sebagai ujian dakwah
Wan Masindra bersama sijil dan piala pada sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M peringkat negeri Perak di sebuah hotel malam tadi. -- fotoBERNAMA
IPOH: Menjadi seorang pendakwah yang berasal daripada Orang Asli suku Temiar, Wan Masindra Juja menyifatkan menepis segala persepsi gambaran tentang Islam yang tidak tepat di media sosial, suatu tanggungjawab yang sukar dalam menyebarkan dakwah.
Ringkasan AI
Beliau yang berusia 44 tahun itu berkata kekangan tersebut bukan sahaja dihadapi ketika berdakwah kepada Orang Asli, malah melibatkan semua kaum dan peringkat umur di negara ini, dalam memahamkan Islam berpandukan Al-Quran dan sunah.
"Pertamanya ialah cabaran dari segi persepsi iaitu peranan media massa dan juga alat elektronik yang kadang-kadang dia (pengguna) mengamalkan Islam itu sebaliknya. Tetapi kalau kita faham dengan ilmu, apabila kita mengkaji Islam itu secara ilmiah berpandukan Al-Quran dan sunah, insya-Allah kita akan nampak Islam versi yang berbeza.
"Alhamdulillah sepanjang 18 tahun saya berkhidmat, sebenarnya pelbagai bangsa telah saya syahadahkan. Cuma cabarannya bukan sebelum syahadah, namun selepas lafaz syahadah sebab pengisian mereka itu untuk beramal, satu perkara yang sukar," katanya.
Beliau yang kini berkhidmat sebagai penyelia mubaligh berkata demikian ketika ditemui selepas menerima anugerah Tokoh Pendakwah (Anugerah Ibnu Abbas) pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H Peringkat Negeri Perak dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 serta plak disampaikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di sini, malam tadi.
Terdahulu, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Keluarga Mithali, Anugerah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Anugerah Pegawai Masjid, Tokoh Bilal dan Anugerah Khas.
Dalam pada itu, Wan Masindra turut berkongsi detik beliau memeluk agama Islam apabila berasa tidak puas hati terhadap ketiadaan agama khusus dalam kalangan masyarakat Orang Asli, meskipun mereka memiliki budaya, adat resam dan pantang larang sendiri.
"Saya rasa macam kenapa terutamanya kami Orang Asli, kami pun ada budaya, adat resam dan pantang larang, tetapi kenapa kami tak ada agama yang khusus macam agama-agama lain? Macam orang Islam dia ada Allah.
"Kenapa tak ada tuhan yang kami boleh namakan dan kenapa tak ada cara ibadat khusus yang nampak sistematik sepertimana yang ada dalam Islam? Apabila kita nampak orang Melayu, apabila dia amalkan Islam ada suasana tarawih, sembahyang fardu, azan, orang baca Al-Quran, itu menarik minat saya untuk lebih kenal lagi agama Islam itu," katanya.
Sementara itu, penerima anugerah utama iaitu Anugerah Keluarga Mithali Umi Kalsom Bahak, 74, berkata beliau tidak menyangka akan menerima anugerah itu yang sememangnya dia pernah berniat untuk menjadi seorang ibu mithali suatu ketika dulu.
"Dalam membesarkan anak seramai enam orang yang alhamdulillah kini berjaya, mak cik tak rasa susah. Walaupun saya pendapatannya tidak besar, tetapi pada mak cik itu bukan masalah, sebab ini tanggungjawab sebagai ibu dan bapa.
"Semasa mendidik anak-anak pula, mak cik sebenarnya banyak memberi nasihat seperti pesanan kalau nak ubah corak hidup. Belajarlah rajin-rajin, insya-Allah berjaya," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Cabaran dakwah Orang Asli Wan Masindra Juja, pendakwah suku Temiar, berkata cabaran utama ialah persepsi salah tentang Islam di media sosial serta kesukaran membimbing mualaf selepas syahadah.
- Perjalanan memeluk Islam Beliau tertarik kepada Islam kerana kagum dengan sistem ibadah yang jelas dan teratur berbanding ketiadaan agama khusus dalam masyarakat Orang Asli.
- Pengiktirafan tokoh & anugerah Wan Masindra menerima Anugerah Tokoh Pendakwah pada Sambutan Maulidur Rasul Negeri Perak, manakala Umi Kalsom Bahak menerima Anugerah Keluarga Mithali hasil kejayaannya mendidik enam anak.