MALAYSIA
Pendakwah perlu peka realiti ummah, proaktif tangani cabaran sosial - MB Kelantan
Mohd Nassuruddin berkata, keperluan itu perlu seiring dengan perkembangan teknologi dan capaian maklumat yang begitu pesat, melibatkan semua lapisan masyarakat. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Pendakwah di Kelantan perlu pantas memahami realiti kehidupan masyarakat masa kini bagi menangani pelbagai permasalahan dan menangkis anasir negatif yang boleh merosakkan akidah serta jati diri umat Islam, kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Beliau berkata keperluan itu perlu seiring dengan perkembangan teknologi dan capaian maklumat yang begitu pesat, melibatkan semua lapisan masyarakat.
"Maklumat hari ini bergerak sangat pantas. Masalah baharu timbul hari ini, esok sudah muncul isu lain pula. Oleh itu, punca kepada setiap permasalahan mestilah difahami dengan mendalam, khususnya apabila melibatkan serangan pemikiran yang batil dan bertujuan merosakkan jati diri umat Islam," katanya ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Sijil Pengajian Tafaqquh Fiddin Kali Ketiga di sini hari ini.
Mohd Nassuruddin turut menyatakan harapan supaya gerakan Dakwah Halaqat dapat terus digerakkan secara lebih terancang dan sistematik dalam usaha memimpin serta menyelamatkan ummah.
"Saya dimaklumkan bahawa sukatan pembelajaran dalam kelas tafaqquh ini dirangka dengan mengambil kira keperluan semasa masyarakat.
"Ia bukan sahaja menekankan ilmu asas seperti al-Quran, hadis, akidah, feqah dan akhlak, malah turut memberi pendedahan kepada ilmu kontemporari serta kaedah pengajaran berkesan," katanya.
Terdahulu, sebanyak 68 peserta terdiri pegawai dan pembantu halaqat berjaya menamatkan Kelas Tafaqquh Fiddin Siri Ketiga yang dilaksanakan dari Julai 2024 hingga Mac 2025.
-- BERNAMA