KUALA LUMPUR:Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) terus menyaksikan impak penularan COVID-19 dan gangguan ekonomi terhadap prestasinya kewangannya.
Bagi tahun ini sehingga 30 September 2020, pendapatan syarikat itu susut kepada RM134.7 bilion, penurunan 24 peratus berbanding RM176.2 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.
Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) turut susut 41 peratus kepada RM43.4 bilion berbanding RM73.5 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.
Susulan itu, syarikat tersebut merekodkan Kerugian Selepas Cukai sebanyak RM19.9 bilion bagi tempoh tersebut, berbanding Keuntungan Selepas Cukai RM36.4 bilion pada tempoh sama tahun lepas.
Trend yang sama turut disaksikan dalam perbandingan suku-ke-suku.
Bagi suku ketiga tahun 2020, Petronas menyaksikan penyusutan pendapatan sebanyak 25 peratus kepada RM41.1 bilion, berbanding RM55.1 bilion pada suku sama tahun lepas.
Dalam tempoh yang sama, syarikat itu turut mencatatkan Kerugian Selepas Cukai sebanyak RM3.4 bilion, berbanding Keuntungan Selepas Cukai RM7.4 bilion bagi tempoh sama yang lalu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik berkata, penularan COVID-19 terus menjadi cabaran utama kepada syarikat itu kerana ia menjejaskan permintaan minyak, yang menolak turun harga komoditi tersebut,
“Selepas mengharungi tempoh sembilan bulan yang agak mencabar, Petronas telah menyaksikan sedikit penambahbaikan prestasi pada suku ketiga 2020 berbanding suku sebelumnya, hasil pelonggaran kawalan pergerakan secara berperingkat yang membolehkan aktiviti ekonomi global diteruskan.
“Petronas terus mengambil langkah berjaga-jaga dan menjangka baki tahun 2020 akan terus mencabar.
“Kami menjangka prestasi Petronas akan terus dijejaskan oleh ketidaktentuan harga minyak akibat penularan COVID-19,” katanya.
Bagaimanapun, beliau yakin Petronas mempunyai momentum kukuh untuk melaksanakan pelbagai transformasi bagi mengharungi tempoh mencabar ini.
“Kami kekal fokus untuk membentuk semula portfolio syarikat, menstruktur semua aspek modal insan dan akan melaksanakan semua langkah yang perlu dengan cepat bagi menghadapi tempoh yang mencabar ini,” katanya.
Luqman Hariz
Fri Nov 27 2020

Petronas menjangka baki tahun 2020 akan kekal mencabar ekoran penularan COVID-19. - Gambar fail/Astro AWANI

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan bimbang mengenai sekatan pergerakan
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 238 berbanding 191, manakala 304 kaunter tidak berubah, 1,351 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Banjir: KPDNHEP, Petronas sedia stesen minyak bergerak di Lipis
ROVR berkapasiti 3,000 liter itu menyediakan petrol Petronas Primax 95 dan ditempatkan di Terminal Anggerik, Bandar Baru Kuala Lipis.

Bursa Malaysia menongkah arus, indeks komposit ditutup di paras tertinggi harian
Bursa serantau kebanyakannya dalam situasi jualan di tengah-tengah sentimen pasaran lemah disebabkan oleh penurunan pasaran Amerika Syarikat (AS) dan peningkatan kes COVID-19.

Gesa kerajaan beri wang ihsan, royalti minyak kepada Pahang - Pemuda UMNO Bera
Isu sama pernah dibangkitkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada tahun lepas.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.07 mata kepada 1,639.34 selepas dibuka rendah 0.15 mata kepada 1,644.26 daripada 1,644.41 semasa ditutup pada Rabu.

Hamilton harap kelab kegemarannya kembali menyerlah
Juara dunia tujuh kali F1 Lewis Hamilton berharap kelab bola sepak kegemarannya, Arsenal akan bangkit kembali selepas menerima banyak kritikan daripada peminat dan menjadi bahan ejekan di internet.

Cabaran sebenar bagi capai gelaran juara dunia kelapan - Hamilton
Hamilton tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, tetapi bersedia untuk bekerja lebih keras.

Maybank, Petronas ungguli tangga teratas Majikan Siswazah Terbaik 2020
Senarai adalah berdasarkan 26,654 jawapan kaji selidik mengenai majikan pilihan di Malaysia yang dikumpul daripada graduan.

Kerajaan wajar kawal dana Petronas ketika pandemik
Ahli Parlimen Subang berkata, hasil Petronas adalah hak rayat dan perlu dipantau oleh rakyat menerusi Parlimen.