KUALA LUMPUR: Pendapatan rendah dan isu ekonomi antara faktor utama menjadikan Selangor berada pada kedudukan terendah dalam Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ini berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang merekodkan indeks kebahagiaan di Selangor iaitu 5.74 peratus berbanding indeks nasional 6.48 peratus.
"Indeks paling tinggi direkodkan di Labuan iaitu 9.29 peratus diikuti Kuala Lumpur, Putrajaya, Terengganu dan Selangor paling bawah. Apa yang paling rendah kalau ikut komponennya adalah pendapatan dan ekonomi.
"Sebab itulah hari ini kita bawakan program [email protected] di kawasan komuniti Putra Perdana, Puchong bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada usahawan kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), selain program sokongan lain seperti Wanita Bangkit yang menawarkan peluang pekerjaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program [email protected] di Dewan Komuniti Putra Perdana, Puchong dekat sini hari ini.
Rina berkata usaha mempertahankan keutuhan institusi keluarga serta mengekalkan tahap kesejahteraan keluarga merupakan tanggungjawab bersama semua pihak sama ada agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan mahupun setiap individu dalam keluarga.
Pada majlis itu, Rina turut menyumbangkan 1,000 topi keledar kepada kanak-kanak yang memerlukan di komuniti itu.
Program [email protected] diadakan sempena Bulan Keluarga Malaysia yang disambut pada November bertemakan 'Kasih Keluarga Malaysia'.
Pelbagai aktiviti disusun seperti bual bicara yang menampilkan personaliti dan pakar kekeluargaan; pameran dan perkhidmatan di bawah KPWKM; program e-sukan dan aktiviti sukan indoor; serta program kerohanian Maulid Akhbar yang akan dikendalikan oleh kumpulan nasyid terkenal tanah air.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2022

Rina berkata ini berdasarkan laporan DOSM yang merekodkan indeks kebahagiaan di Selangor iaitu 5.74 peratus berbanding indeks nasional 6.48 peratus. - Gambar fail

Operasi SAR pelajar hilang di Pulau Mawar dihentikan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta yang dilapor hilang selepas mendaki bukit seorang diri di Pulau Mawar di sini dihentikan 7 malam, semalam.

Gempa bumi Turkiye: Operasi SAR pasukan SMART dipecah kepada beberapa unit - Nadma
Tujuh puluh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye, kini dipecahkan kepada beberapa unit pasukan.

Tmax pasang Sistem Pengurusan Pangkalan Data Tibero di UiTM
Salah satu keperluan utama UiTM ialah mewujudkan pangkalan data di lokasi alternatif serta perlu mempunyai prestasi yang sama dengan pangkalan data utama UiTM.

4 MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
MoU itu melibatkan Tenaga Nasional Berhad dan anak syarikatnya serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan empat syarikat di Thailand.

Kedutaan Turkiye & Wisma Putra sedang atur operasi bersama - Duta Turkiye ke Malaysia
Duta Republik Türkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel memaklumkan bahawa mereka bersama Kementerian Luar dibantu NGO kemanusiaan akan menggerakkan pasukan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat di kawasan terkesan.

Musibah mempererat lagi hubungan Turkiye-Malaysia - Duta Turkiye ke Malaysia
Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel menyatakan setinggi penghargaan kepada respons pantas Malaysia untuk membantu Turkiye dan ia satu peristiwa penting dalam hubungan erat antara kedua-dua negara.

AWANI Ringkas: Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008594/35293274941675861107760_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz; 1. Pembelian meragukan, kertas putih berkaitan vaksin dibentang di Parlimen 2. Malaysia terus bantu Turkiye, lebih dua juta disalurkan 3. MB Kedah dakwa rundingan agihan kerusi PH-BN akan gagal, sebab UMNO 4. Rasuah makin membarah, sampai urus jenazah pun minta suapan #AWANInews

Konflik Papua | Indonesia cari juruterbang warga New Zealand di Papua
Indonesia menggerakkan operasi mencari juruterbang warga New Zealand serta beberapa penumpang selepas sebuah pesawat kecil dibakar oleh sekumpulan pejuang pemisah di Papua.

Tragedi Itaewon | Menteri Korea Selatan dipecat gagal tangani situasi rempuhan
Ahli Parlimen Korea Selatan mengundi untuk menyingkirkan Menteri Dalam Negeri, Lee Sang-Min berhubung tindak balasnya terhadap insiden rempuhan Halloween di Itaewon.

PRU15: Tersungkur di Sepang, Rina Harun anggap bukan rezeki
Rina tetap berbangga kerana telah berusaha untuk kampung halamannya.

PRU15: Rina Harun mahu jadikan Sepang hab ekonomi dan pelancongan
Datuk Seri Rina Harun berhasrat menjadikan Sepang sebagai hab ekonomi dan pelancongan negara.

PRU15: Bersatu keluar PH bukan tindakan pengkhianat - Rina Harun
Sebaliknya, Rina berkata, tindakan itu diambil kerana mahu menyelamatkan agama, bangsa dan negara.

Pendapatan rendah faktor Selangor terendah Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021
Rina berkata ini berdasarkan laporan DOSM yang merekodkan indeks kebahagiaan di Selangor iaitu 5.74 peratus berbanding indeks nasional 6.48 peratus.

PRU15: Rina Harun sah bertanding di Sepang
Datuk Seri Rina Mohd Harun diumum sebagai calon PN bagi kerusi Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Takiyuddin nafi berkahwin lagi dalam tempoh 15 tahun
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini menafikan beliau mendirikan rumah tangga dengan mana-mana wanita dalam tempoh 15 tahun kebelakangan.

Bajet 2023: Peruntukan diterima KPWKM tertinggi dalam sejarah - Rina
Peruntukan RM3.4 bilion yang diterima Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Bajet 2023 merupakan tertinggi dalam sejarah.

KPWKM terajui perancangan dasar Malaysia hadapi status negara tua menjelang 2030
Pada 2030, dijangka sebanyak 15.3 peratus daripada populasi rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas.

PRU15 musim banjir: Kebajikan rakyat jadi keutamaan - Rina
Kebajikan rakyat menjadi keutamaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam mendepani kemungkinan berlaku banjir berikutan peralihan monsun timur laut di negara ini.

Banjir: 96 PPS sedia diaktif di KL dan Putrajaya - Rina
Sebanyak 96 PPS yang mampu menampung lebih 22,000 mangsa banjir di sekitar ibu negara dan Putrajaya sedia diaktifkan sebagai persiapan menghadapi bencana banjir.