awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/10/2024
11:15 MYT
Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika hadir merasmikan Konvensyen Keadilan Negeri Perak hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Kerajaan masih belum memuktamadkan kategori golongan yang terkecuali daripada mendapatkan subsidi daripada kerajaan, termasuk subsidi petrol.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu masih belum diputuskan walaupun ada yang mentafsirkan mereka yang tergolong sebagai kumpulan T15 adalah mereka yang mempunyai pendapatan lebih RM12,000 sebulan. 
 
Menurut beliau, kategori kumpulan terbabit mungkin boleh diturunkan lagi kepada T10 atau T5. 

"Siapa kata RM12,000? (Ia) belum diputuskan, kita hendak tengok apakah T15 itu mampu bayar. Kalau tak mampu jadi T10, ataupun tingkatkan T15 itu menjadi pendapatan yang tertinggi daripada RM12,000 sekarang.
"Belum lagi putus, sepatutnya pembangkang dia cadang bila tidak setuju T15 itu (pendapatan) RM12,000, mungkin perlu naik RM15,000 atau RM18,000, ini tidak, dia pertahankan T15. T15 itu ada yang pendapatan dia RM1 juta sebulan, ada yang RM100,000 sebulan, takkan nak pertahan," katanya. 
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Konvensyen Keadilan Negeri Perak di sebuah hotel di Ipoh pada Ahad.
Menurutnya lagi, apa yang penting ialah lebih 85 peratus rakyat di negara ini tidak akan terkesan dengan penyasaran subsidi. 
 
Topik golongan T15 mula menjadi perbincangan hangat selepas Anwar yang juga Menteri Kewangan menyebutnya ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu.
Beberapa Ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara yang mempersoalkan mengapa kumpulan pendapatan T15 disebut dalam pembentangan itu sedangkan takrifannya masih belum dimuktamadkan.
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#T15
#Belanjawan 2025
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#penyasaran subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan