awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaratan cemas: Dua kru pesawat Piper selamat - Bomba Selangor

Bernama
Bernama
27/06/2024
12:57 MYT
Pendaratan cemas: Dua kru pesawat Piper selamat - Bomba Selangor
Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata kejadian petang tadi itu melibatkan seorang juruterbang Rolando Barba Jr dan pelatih juruterbang Muhammad Ridz Farhan Ridzwan. - Gambar fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan dua kru pesawat ringan Piper PA-28-161 yang melakukan pendaratan cemas di satu kawasan lapang dekat Pelabuhan Klang hari ini selamat.
Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata kejadian petang tadi itu melibatkan seorang juruterbang Rolando Barba Jr dan pelatih juruterbang Muhammad Ridz Farhan Ridzwan.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.13 petang dan menggerakkan tiga jentera bersama lima pegawai dan 17 anggota ke lokasi kejadian bagi misi penyelamatan.
"Bomba tiba di lokasi kejadian pada 4.42 petang dan pemeriksaan ke atas pesawat oleh Pegawai Operasi Negeri Mustakim Rimon mendapati pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-ANA itu tidak menunjukkan tanda-tanda kebakaran.
Juruterbang dan pelatih juruterbang juga dilaporkan selamat dalam kejadian tersebut," katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.
Wan Md Razali berkata operasi penyelamatan melibatkan tiga balai bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara, BBP Pelabuhan Klang serta BBP Klang Selatan.
Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan pesawat yang dikendalikan oleh Kelab Penerbangan Subang itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 2.50 petang sebelum menara kawalan Subang menerima panggilan kecemasan pada 2.58 petang.
Susulan itu, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan pada 3.10 petang setelah menerima maklumat bagi tujuan koordinasi operasi mencari dan menyelamat.
Menurut CAAM, siasatan akan dijalankan di bawah Bahagian XXIII Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendaratan cemas
#pesawat Piper
#kru selamat
#JBPM Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan