MALAYSIA
Pendaratan ikan meningkat kepada 1.39 juta tan metrik pada 2024, SSR meningkat
Jumlah pendaratan ikan meningkat kepada 1.39 juta tan metrik berbanding 1.27 juta tan metrik pada 2023. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Jumlah pendaratan ikan di Malaysia meningkat kepada 1.39 juta tan metrik (tm) pada 2024 berbanding 1.27 juta tm pada 2023, menandakan pemulihan berterusan sektor perikanan negara serta menyumbang kepada kelestarian bekalan makanan laut untuk penduduk.
Ringkasan AI
Perak kekal sebagai penyumbang tertinggi dengan 434,349 tm, diikuti Sabah (201,812 tm), Selangor (163,732 tm) dan Pahang (144,651 tm).
Walaupun Kelantan (58,115 tm) dan Terengganu (39,657 tm) mencatatkan sedikit penurunan berbanding 2023, jumlah itu masih lebih baik berbanding 2022, menunjukkan daya tahan sektor perikanan Pantai Timur. Selangor dan Pulau Pinang pula merekodkan peningkatan konsisten sepanjang tempoh pemulihan.
Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata pencapaian ini didorong Program Pemuliharaan Sumber di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025), termasuk pemasangan 1,174 unit tukun tiruan dengan peruntukan RM20 juta yang memberi kesan positif kepada ekosistem marin, hasil tangkapan dan keseimbangan biodiversiti laut.
"Kesan positif jelas ditunjukkan melalui peningkatan Kadar Sara Diri (SSR) perikanan negara kepada 91.6 peratus pada 2024, manakala SSR bagi 15 spesies utama turut meningkat daripada 91.9 peratus kepada 93.3 peratus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata antara spesies yang mencatatkan peningkatan ketara ialah ikan bawal, ikan merah dan ikan kembung yang terus menunjukkan pertumbuhan kukuh.
"Perkembangan ini membuktikan pengeluaran domestik bukan sahaja pulih dari segi jumlah, malah tertumpu kepada spesies bernilai tinggi dan mendapat permintaan besar daripada pengguna," katanya.
Beliau berkata prestasi 2024 menunjukkan sektor perikanan berada pada landasan positif dengan pendaratan yang meningkat, SSR bertambah baik serta sumbangan negeri utama yang terus kukuh.
Beliau berkata Jabatan Perikanan (DOF) akan terus melaksanakan langkah-langkah mampan bagi memastikan bekalan ikan negara sentiasa mencukupi, berkualiti dan berdaya saing.
Selaras dengan itu, Adnan berkata DOF bersama Marine Fishery Resources Development and Management Department (MFRDMD) telah melaksanakan kajian pentaksiran sumber perikanan pelagik di Pantai Barat Semenanjung Malaysia pada 9 hingga 19 Sept lepas.
"Kajian ini dilaksanakan dengan sokongan dana Japanese Trust Fund melalui Southeast Asia Fisheries Development Centre (SEAFDEC) dan dijangka memberi input saintifik penting terhadap strategi pengurusan stok ikan negara pada masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jumlah pendaratan ikan meningkat kepada 1.39 juta tan metrik berbanding 1.27 juta tan metrik pada 2023, menandakan pemulihan sektor perikanan dan kelestarian bekalan makanan laut, dengan Perak menjadi penyumbang tertinggi.
- Peningkatan ini didorong oleh Program Pemuliharaan Sumber di bawah RMK12 termasuk pemasangan 1,174 unit tukun tiruan, yang menyumbang kepada peningkatan Kadar Sara Diri (SSR) perikanan negara kepada 91.6 peratus dan SSR bagi 15 spesies utama kepada 93.3 peratus.
- Jabatan Perikanan bersama MFRDMD melaksanakan kajian pentaksiran sumber perikanan pelagik di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan sokongan dana Japanese Trust Fund melalui SEAFDEC, bagi memperkukuh strategi pengurusan stok ikan negara.