awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendatang Yahudi serbu Masjid Al-Aqsa pada Ahad

Bernama
Bernama
09/04/2023
08:34 MYT
Pendatang Yahudi serbu Masjid Al-Aqsa pada Ahad
Pendatang Yahudi diberi kawalan keselamatan ketat ketika memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa. -Reuters
BAITULMUQADDIS : Pendatang Yahudi menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur sambil dikawal ketat polis Israel pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
Anggota polis mula dikerah mengelilingi Masjid Qibla dan tidak membenarkan rakyat Palestin yang berada di dalam masjid, untuk keluar.
Pendatang Yahudi kemudiannya diberi kawalan keselamatan ketat ketika memasuki Masjid Al-Aqsa.
Terdahulu, polis Israel tidak membenarkan golongan belia Palestin memasuki kompleks Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat subuh.
Warga Palestin yang tidak dibenarkan masuk menunaikan solat subuh di luar masjid.
Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin selepas tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan mengusir jemaah secara paksa pada Selasa dan Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#Palestin
#Masjid Qibla
#Pendatang Yahudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan