MALAYSIA
Pendengaran hujah kes 1MDB Najib tamat, keputusan 26 Disember
Najib, 72, didakwa buat kali pertama pada 20 Sept 2018 dan perbicaraan bermula hampir setahun kemudian pada 28 Ogos 2019, dengan pihak pendakwaan menutup kes mereka pada 30 Mei 2024. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pendengaran hujah kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion yang melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini telah tamat hari ini selepas kedua-dua pihak selesai mengemukakan hujahan masing-masing.
Pihak pembelaan dan pendakwaan menyelesaikan hujah lisan terakhir mereka di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, dengan keputusan dijadualkan pada 26 Dis untuk menentukan sama ada bekas perdana menteri itu akan disabitkan atau dibebaskan.
Pada penghujung prosiding, kedua-dua pihak memaklumkan kepada mahkamah bahawa masih terdapat beberapa isu kecil yang perlu diselesaikan, dan isu-isu tersebut akan dikemukakan secara bertulis mengikut arahan mahkamah.
Sebelum bersurai, kedua-dua pihak turut menyampaikan ucapan Krismas kepada Hakim Sequerah, yang membalas dengan menyatakan penghargaan kepada semua yang terlibat.
Prosiding ini, yang dijangka selesai pada Jumaat lepas, dilanjutkan selepas peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memohon masa tambahan untuk menyiapkan hujahnya.
Pada Jumaat lepas, hakim membenarkan lanjutan dan mengumumkan bahawa beliau akan menyampaikan keputusan pada 26 Dis.
Perbicaraan berprofil tinggi ini, yang melibatkan 50 saksi pendakwaan dan sembilan hari hujah lisan, mendapat perhatian dunia.
Najib, 72, didakwa buat kali pertama pada 20 Sept 2018 dan perbicaraan bermula hampir setahun kemudian pada 28 Ogos 2019, dengan pihak pendakwaan menutup kes mereka pada 30 Mei 2024.
Pada 30 Okt 2024, mahkamah memerintahkan Najib membela diri atas semua pertuduhan, dan prosiding pembelaan berlangsung dari 2 Dis 2024 hingga 6 Mei 2025, melibatkan 58 hari perbicaraan dengan keterangan daripada 26 saksi.
Antara saksi utama pembelaan ialah bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Che Lodin Wok Kamarudin, adinda Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB di cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan pada awalnya diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Allahyarham Datuk Seri Gopal Sri Ram, sebelum pemergiannya pada Januari 2023.
Kes itu kemudiannya dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Ahmad Akram Gharib dan Datuk Kamal Baharin Omar, dengan bantuan TPR Mohamad Mustaffa P. Kunyalam, Deepa Nair Thevarahan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.
Peguam lain yang mewakili Najib termasuk Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Wan Mohammad Arfan Wan Othman, Hartrisha Kaur Sandhu dan Naresh Mayachandran.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang berhubung kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
-- BERNAMA