awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendengaran permohonan kes hasutan Surendran ditangguh ke 14 Nov

Syafique Shuib
Syafique Shuib
15/10/2014
11:01 MYT
Pendengaran permohonan kes hasutan Surendran ditangguh ke 14 Nov
Mahkamah Sesyen menangguhkan pendengaran permohonan N. Surendran untuk merujuk kes hasutan yang dihadapinya ke Mahkamah Tinggi pada 14 Nov. -Gambar fail
Mahkamah Sesyen di sini menangguhkan pendengaran permohonan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran untuk merujuk kes hasutan yang dihadapinya ke Mahkamah Tinggi pada 14 November.
Hakim Ahmad Bache membuat keputusan berkenaan setelah pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Wan Shaharuddin Wan Ladin mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan tersebut.
Pihak DPP telah menggangap isu ini sebagai muktamad dan merujuk kepada tahun 2013 ketika Mahkamah Rayuan menolak rayuan ADUN Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei, yang mengemukakan permohonan itu dengan mempertikai kesahan daripada perlembagaan Seksyen 4(1)(c) yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya.
Sementara itu, peguam kepada Surendran, Latheefa Koya akan menjawab bantahan DPP pada tarikh yang telah ditetapkan.
"Pihak DPP baru sahaja menyerahkan kami satu jawapan 'afidavit' dan mereka juga mengemukakan satu bantahan awal,"
"Pihak kami perlu persediaan kerana bantahan itu perlu dijawab," kata beliau.
Pada 3 Oktober, Surendran memfailkan permohonan bagi merujuk kes hasutan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Latheefa memberitahu pihaknya memfailkan permohonan itu bagi memohon hakim Mahkamah Sesyen mempertimbangkan sama ada terdapat persoalan perlembagaan berkenaan Akta Hasutan yang patut dirujuk di Mahkamah Tinggi sebelum kes itu dibicarakan.
Pada 28 Ogos lepas, Surendran, 48, didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kes liwat kedua Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman web YouTube, di Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya antara jam 2 hingga 4 petang, 8 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#ahmad bache
#akta hasutan
#Latheefa Koya
#Wan Shaharuddin Wan Ladin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan