awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendidikan eratkan hubungan Malaysia-China - Anthony Loke

Bernama
Bernama
31/05/2024
14:14 MYT
Pendidikan eratkan hubungan Malaysia-China - Anthony Loke
Anthony Loke berkata, China boleh menyumbang secara signifikan dalam memenuhi permintaan pasaran Malaysia dengan berkongsi teknologi khususnya bidang TVET. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bidang pendidikan merupakan jambatan yang mengeratkan hubungan Malaysia-China dengan tumpuan utama pada masa ini terarah kepada teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata China boleh menyumbang secara signifikan dalam memenuhi permintaan pasaran Malaysia dengan berkongsi teknologi khususnya berkaitan bidang Pendidikan dan Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET).
"Salah satu fokus utama ketika ini ialah bidang TVET dan menjadi visi kerajaan Malaysia untuk menumpukan sistem pendidikan kita ke arah itu...kita mempunyai kerjasama yang kukuh dengan China kerana negara itu telah menawarkan banyak peluang kepada pelajar kita untuk menjalani latihan TVET di sana.
"Kita berharap dapat mengadakan lebih banyak kerjasama dan saya yakin akan ada lebih banyak pengumuman mengenainya dalam beberapa bulan akan datang," katanya dalam program Bernama TV 'Meja Bulat: 50 Tahun Persahabatan Malaysia-China' hari ini.
Menurutnya program pertukaran pelajar juga sama penting bagi membolehkan pelajar kedua-dua negara mempelajari bahasa dan budaya masing-masing, sekali gus mengeratkan lagi hubungan dua hala.
Sebanyak 220 syarikat China dilapor menawarkan 5,125 tempat kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti latihan jangka pendek, sederhana dan panjang TVET yang dilihat sebagai pengubah keadaan dalam melonjakkan industri TVET di Malaysia.
Sementara itu Menteri-Kaunselor Kedutaan China di Malaysia Lin Shiguang berkata kedua-dua negara boleh berganding tangan kerana China mempunyai pengalaman dalam memajukan pendidikan TVET khususnya berkaitan projek mega dan pembinaan.
Beliau berkata pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga perlu diberikan tumpuan terutama dengan perkembangan pesat AI, pengkomputeran awan, data raya dan Internet Benda (IoT) yang boleh membantu penyesuaian dan inovasi yang diperlukan pelbagai industri.
Malaysia dan China meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik hari ini dengan Malaysia menjadi negara ASEAN pertama menjalin hubungan diplomatik dengan negara kuasa besar itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#pendidikan
#TVET
#Malaysia
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan