awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendidikan Rukun Negara dicadang diserap dalam kurikulum sekolah - Menteri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/08/2020
12:03 MYT
Pendidikan Rukun Negara dicadang diserap dalam kurikulum  sekolah - Menteri
Halimah Sadique mencadangkan pendidikan Rukun Negara diserap semula dalam kurikulum sekolah. - Gambar fail/BERNAMA
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pendidikan Rukun Negara diserap semula dalam kurikulum sekolah, selari dengan usaha kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan antara rakyat.
Menterinya, Datuk Halimah Sadique berkata, sebuah jawatankuasa teknikal yang dianggotai oleh empat kementerian termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diwujudkan bagi mengkaji cadangan itu.
Menurutnya, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara.
"Kalau dulu kita ada pendidikan tatanegara yang ada menjelaskan mengenai prinsip Rukun Negara, (jadi) kita nak masukkan balik supaya dapat dipertimbangkan, terutama daripada Kementerian Pendidikan.
"Kita mencadangkan agar ia diserap balik pendidikan ini (Rukun Negara) seawal di Tabika (taman bimbingan kanak-kanak), sekolah rendah dan menengah, selain aktiviti sekretariat Rukun Negara bersama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran kempen Pembudayaan Norma Baharu Pasca COVID-19 dan perhimpunan bulanan Kementerian Perpaduan Negara di sini, pada Jumaat.
Halimah memberitahu, laporan jawatankuasa teknikal itu kemudian akan dibentangkan dalam Kabinet untuk langkah seterusnya.
"Kita tidak mahu Rukun Negara sekadar hanya dinyatakan dalam buku-buku latihan dan tulis sahaja, tetapi tidak ada penghayatan dan amalan.
Topic Berkaitan
#Kemas
#Kementerian Pendidikan
#kementerian perpaduan negara
#Rukun Negara
#TABIKA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan