awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendidikan Rukun Negara harus diamalkan, bukan hiasan semata-mata - Halimah Sadique

Bernama
Bernama
31/08/2020
22:00 MYT
Pendidikan Rukun Negara harus diamalkan, bukan hiasan semata-mata - Halimah Sadique
Kempen bagi Sesi Maklum Balas Rakyat berhubung Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 telah dilaksanakan di setiap negeri. -Gambar hiasan
Penghayatan Rukun Negara yang akan dimasukkan ke dalam sistem pendidikan bukanlah sebagai hiasan semata-mata, sebaliknya ia perlu diamalkan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Halimah Mohamed Sadique.
Beliau berkata sistem pendidikan Rukun Negara adalah berkait rapat dengan perpaduan dan mencerminkan tanah air yang memiliki komposisi rakyat yang unik serta majmuk.
"Kementerian yakin antara kunci kepada kejayaan perpaduan terletak kepada penghayatan dan pemahaman rakyat kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Sistem pendidikan Rukun Negara berkait dengan perpaduan dan perpaduan ini mencerminkan kepelbagaian.
"Kita nak menyemarakkan perpaduan ikatan antara kaum. Jadi nilai-nilai perpaduan perlu dipupuk agar terus sebati dalam jiwa rakyat Malaysia dan tidak mensia-siakan segala pengorbanan para pejuang kemerdekaan," katanya dalam bahagian pertama Program Rukun Negara A Nation United terbitan Bernama TV malam ini.
Halimah turut memaklumkan bahawa kempen bagi Sesi Maklum Balas Rakyat berhubung Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 telah dilaksanakan di setiap negeri.
Pada 25 Ogos lalu, di Dewan Rakyat, Halimah mengatakan kementeriannya dalam proses mengadakan jerayawara bagi mendapatkan input rakyat untuk dimasukkan dalam PTPN 2021-2025.
Beliau berkata ia bagi menghasilkan satu dasar yang merangkumi idea untuk memperkukuh perpaduan tanpa mengira batasan termasuk Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Halimah Mohamed Sadique
#Malaysia
#pendidikan
#perpaduan
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Rukun Negara
#Sistem pendidikan Rukun Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan