awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendidikan tinggi: Kepimpinan IPT tidak berani ambil risiko, lebih fikir kuantiti

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
05/01/2024
15:41 MYT
Pendidikan tinggi: Kepimpinan IPT tidak berani ambil risiko, lebih fikir kuantiti
Ramai yang terpedaya dengan eksploitasi kapitalis berkaitan isu ranking universiti, sehingga mereka menjadi taksub mengejar kuantiti. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Biarpun universiti sudah diberi ruang yang luas untuk meneroka potensi mahasiswa, namun ia dibantutkan oleh kebanyakan pimpinan universiti yang tidak berani bergerak ke hadapan.
Exco Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK), Wan Abdul Manan Wan Muda berkata, contoh paling mudah adalah posisi naib canselor yang adakalanya diisi oleh mereka yang hanya memikirkan tentang kedudukan mereka tanpa mengambil kira keperluan masa depan negara untuk melahirkan pemimpin yang berintelek.
Jelasnya, ramai yang terpedaya dengan eksploitasi kapitalis berkaitan isu ranking universiti, sehingga mereka menjadi taksub mengejar kuantiti berbanding kualiti.
"Kadangkala kita kena bayar, nak berada dalam ranking (sebagai contoh) kita harus ada penerbitan yang banyak. Jadi universiti masih kekal melihat pada kuantiti dan bukan kualiti.
"Untuk melahirkan intelektual yang jitu, kita harus ada kualiti yang baik tetapi setakat ini kita hanya banyak dari segi bilangan penerbitan.
"Bilangan yang banyak akan lebih kelihatan. Kalau dalam air kita campak banyak sampah, jadi sampahlah yang timbul ke permukaan.
"Mereka (IPT) sudah diberi kebebasan, ada autonomi tapi sesetengah tak guna autonomi sepenuhnya untuk membawa institusi mereka ke arah lebih tinggi, ini salah satu kelemahan.
"Bagus juga perdana menteri mengingatkan mereka, seolah-olah kena rotan supaya mereka terus berjalan ke hadapan," katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam Pantau Agenda Reformasi, pada Jumaat.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat yang mahukan kepimpinan universiti diberi lebih ruang untuk memikirkan idea baharu supaya dapat meneroka dunia pendidikan seiring dengan negara-negara lain.
Dalam masa yang sama, Wan Abdul Manan juga berpendapat Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) perlu dihapuskan kerana ia tidak menambah nilai kepada pembentukan pemimpin masa depan.
Ini kerana ujarnya, penyertaan dalam kursus tertentu dan pemilikan sijil bukan cara terbaik bagi melahirkan pemimpin masa depan yang berintelek dan berani mengambil risiko.
Topic Berkaitan
#institusi pendidikan tinggi
#universiti
#pemimpin
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan