awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pendidikan untuk semua menjelang 2030' - Mahdzir

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
23/08/2016
10:38 MYT
'Pendidikan untuk semua menjelang 2030' - Mahdzir
enteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran dan Simposium Pendidikan 2030 hari ini. - Foto Bernama
Kerajaan mensasarkan Pendidikan 2030 misi memastikan pendidikan untuk semua menjelang tahun 2030 tercapai.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia merupakan agenda pendidikan baharu holistik dan komprehensif dengan skop yang lebih luas.
Katanya, buat masa ini, tahap pendidikan untuk semua adalah 96 peratus bagi sekolah rendah dan 86 peratus bagi sekolah menengah.
"Kita di sekolah rendah tidak ada masalah, akan sampai dalam beberapa tahun akan datang. Untuk sekolah menengah kita akan tengok bagaimana, kita ubah strategi dengan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
"Kita kena ada kemahiran ini baharu pelajar minat untuk duduk di dalam kelas. Kalau hendak duduk di dalam kelas mungkin kita ada masalah.
"Kita akan meningkatkan kursus vokasional, ia menambahkan penyertaan semua," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Simposium Pendidikan 2030 di sini, hari ini.
Pendidikan 2030 merupakan agenda utama pendidikan di peringkat global yang perlu dicapai dalam tempoh 15 tahun akan datang.
Ia memberi penumpuan khusus kepada Matlamat Ke-4; Matlamat Pembangunan Mampan (SDG4) iaitu memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.
Matlamat berkenaan adalah berasaskan tiga prinsip utama iaitu akses, inklusif dan kualiti, dan meliputi peringkat awal kanak-kanak sehingga peringkat tertiari serta pendidikan sepanjang hayat.
Pendidikan 2030 menetapkan tujuh sasaran yang memastikan semua kanak-kanak lelaki dan perempuan menamatkan pendidikan rendah dan menengah secara percuma, memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan awal yang berkualiti, memastikan akses saksama dalam bidang teknikal, vokasional dan pengajian tinggi dan meningkatkan peratusan belia dan golongan dewasa yang mempunyai kemahiran relevan termasuk kemahiran teknikal dan vokasional.
Selain itu, ia menghapuskan perbezaan gender dalam pendidikan dan memastikan kesamarataan akses di semua peringkat pendidikan dan latihan vokasional, memastikan belia dan majoriti golongan dewasa menguasai kemahiran literasi dan numerasi serta memastikan semua pelajar memperoleh kemahiran dalam mempromosikan pembangunan gender, menggalakkan budaya keamanan, kewarganegaraan global dan menghargai kepelbagaian budaya dan sumbangan budaya untuk pembangunan lestari.
Sementara itu kata Mahdzir, Pendidikan 2030 tidak melibatkan satu aliran di negara ini.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha kerajaan membangunkan bidang pendidikan adalah bagi memastikan rakyat mendapat pendidikan terbaik dan bukan bagi tujuan politik.
Tegasnya, dengan memajukan bidang pendidikan, semua rakyat akan mendapat manfaat daripada kemudahan tersebut, termasuk penduduk di luar bandar.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Kementerian Pendidikan
#Mahdzir Khalid
#Pendidikan 2030
#Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
#TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan