KOTA KINABALU: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merupakan tulang belakang ekonomi yang menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara dan dilihat perlu untuk memanfaatkan ledakan digital bagi terus bergerak maju mendepani cabaran era semasa.
Menurut Ketua SME, Unifi Business, Telekom Malaysia (TM) Sabah, Muksin Jinin, melihat kepada potensi tersebut, Unifi Business telah mereka bentuk tiga pemboleh ubah pertumbuhan iaitu penyelesaian perniagaan yang menyeluruh, sokongan setempat di seluruh negara dan komuniti PMKS iaitu Unifi Business Club (UBC).
“Kami turut menawarkan empat penyelesaian perniagaan holistik iaitu Penyelesaian Pemasaran Digital, Hab e-Dagang, Setoran Awan, dan Keselamatan Siber Kaspersky Small Office Security yang merangkumi keperluan untuk pelbagai perniagaan.
“Selain itu kita turut memberi sokongan dan bimbingan PMKS dalam perjalanan digitalisasi mereka dengan bantuan lebih daripada 600 pasukan perunding perniagaan bertauliah di seluruh negara selain hampir 200 pakar pendigitalan yang diperakui Pensijilan Antarabangsa untuk Literasi Digital (ICDL),” katanya ketika ditemui semasa siri Jelajah Jiwa SME 2023 di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah di sini pada Sabtu.
Tambah beliau, menerusi acara Jelajah Jiwa SME 2023 ini, ia dilihat sebagai satu platform terbaik untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada PMKS di Sabah khususnya mengenai kepentingan transformasi digital dan bagaimana Unifi Business boleh membantu mereka.
Dalam pada itu, menurut beliau, menerusi Unifi Business Club (UBC) semua pelanggan akan menikmati faedah sebagai ahli termasuk akses kepada kandungan yang berkaitan dan terkini di portal rasmi unifi.
“Mereka akan mendapatkan kandungan bermanfaat seperti webinar, bual bicara, sembang langsung, acara, tips perniagaan dan artikel untuk membantu mereka mengharungi dunia perniagaan.
“Ahli UBC juga akan mendapat akses kepada bantuan kewangan, penggalak produktiviti, platform pemasaran digital, alatan dan program penglibatan komuniti yang disesuaikan dengan pelbagai keperluan perniagaan,” ujarnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan dan juga penyelesaian pendigitalan PMKS, boleh layari www.unifi.com.my/business
Anda juga boleh mendapatkan maklumat secara terus berkaitan Unifi Business di acara Jelajah Jiwa SME di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu pada Sabtu dan Ahad ini.
Haikal Raman
Sun Jul 23 2023

Unifi Business turut memberi sokongan dan bimbingan PMKS dalam perjalanan digitalisasi mereka dengan bantuan lebih daripada 600 pasukan perunding perniagaan bertauliah. - Gambar TM

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Jelajah Jiwa SME 2023 berjaya tarik 28,000 pengunjung, 2,000 PMKS
Jelajah Jiwa SME 2023 yang berlangsung sejak Julai hingga November tahun ini berjaya menarik lebih daripada 28,000 pengunjung dalam setiap siri jelajahnya.

Unifi Business bantu perkasa usahawan PMKS menerusi transformasi digital
Selaku rakan digital bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di negara ini, Unifi Business memainkan peranan penting dalam membantu usahawan tempatan memperkasakan perniagaan mereka.

Pendigitalan perniagaan bersama Unifi Business
Unifi Business telah merekabentuk tiga pembolehubah pertumbuhan iaitu penyelesaian perniagaan yang menyeluruh, sokongan setempat di seluruh negara dan komuniti PMKS.

Ekosistem keusahawanan kondusif perlu diwujudkan, sokong pertumbuhan perniagaan
Galakan, insentif dan dorongan penuh harus diberikan kepada PMKS supaya mereka berupaya membangunkan perniagaan berdaya saing dan mampan.

Pembukaan Jelajah Jiwa SME 2023 disambut meriah di Sabah
Jiwa SME 2023 yang memfokuskan pembangunan, pembelajaran serta bimbingan keusahawanan ini menyasarkan seramai 30,000 pengunjung dan bakal membawakan sesi perkongsian ilmu di pentas utama.