MALAYSIA
Pendigitalan tenaga kerja asing: TFP Solutions lancar e-Wages, transformasi sistem penggajian
Eugena berkata inisiatif itu juga menyokong agenda Digital Malaysia MADANI dalam menangani isu penipuan gaji dan eksploitasi pekerja asing. - Foto TFP Solutions
KUALA LUMPUR: TFP Solutions Bhd melancarkan e-Wages, sebuah platform pembayaran gaji digital yang dibangunkan khusus untuk memperkasa pengurusan gaji kira-kira 2.4 juta pekerja asing di Malaysia.
Ringkasan AI
Platform inovatif itu dibangunkan oleh anak syarikatnya, SoftFac Technology Sdn Bhd dengan kerjasama MobilityOne Sdn Bhd yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Menurut kenyataan syarikat itu, e-Wages merupakan satu langkah penting ke arah keterangkuman kewangan dan kecekapan pengurusan tenaga kerja asing, sejajar dengan usaha negara memperkukuh sistem pembayaran gaji yang lebih telus dan selamat.
“e-Wages menghapuskan keperluan pembayaran secara tunai yang berisiko tinggi, sekali gus meningkatkan ketelusan, keselamatan dan kecekapan dalam urusan penggajian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TFP Solutions, Datin Eugena Braganza.
Beliau berkata, inisiatif itu juga menyokong agenda Digital Malaysia MADANI dalam menangani isu penipuan gaji dan eksploitasi pekerja asing, selain membantu meningkatkan ketepatan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui rekod gaji yang lebih sistematik.
Platform digital sepenuhnya itu turut menawarkan pelbagai kemudahan termasuk Kad Mastercard Global, akses kepada DuitNow, perkhidmatan kiriman wang berlesen serta pakej SIM CelcomDigi bagi memastikan ketersambungan komunikasi yang lebih baik.
Antara kelebihan utama e-Wages ialah:
Dengan lebih 200,000 majikan dan pasaran bernilai berbilion ringgit, TFP Solutions menyasarkan untuk memperluas penggunaan e-Wages ke seluruh negara, khususnya dalam sektor utama seperti pembuatan, pembinaan, perladangan dan perkhidmatan makanan.
“Ini bukan sekadar pengadaptasian teknologi; ia adalah infrastruktur negara. Kami berbangga dapat menyumbang kepada transformasi digital Malaysia dan memperkasakan pekerja asing melalui penyelesaian yang praktikal, selamat dan inklusif,” tambah Braganza.
TFP kini giat memperkenalkan platform itu kepada majikan di seluruh negara dan menggalakkan semua perniagaan untuk beralih kepada sistem penggajian digital yang lebih efisien dan patuh peraturan.
Ringkasan AI
- TFP Solutions Bhd melancarkan platform digital e-Wages bagi mengurus gaji lebih 2.4 juta pekerja asing secara lebih selamat dan telus, dengan sokongan Bank Negara Malaysia.
- e-Wages menghapuskan keperluan tunai, memudahkan kiriman wang berlesen, dan menyediakan akses kepada perkhidmatan digital seperti Mastercard Global, DuitNow dan SIM CelcomDigi.
- Inisiatif ini selari dengan usaha menangani eksploitasi pekerja, meningkatkan rekod KDNK, dan memperluas penggunaan ke seluruh negara dalam sektor utama seperti perladangan dan pembinaan.
Platform inovatif itu dibangunkan oleh anak syarikatnya, SoftFac Technology Sdn Bhd dengan kerjasama MobilityOne Sdn Bhd yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Menurut kenyataan syarikat itu, e-Wages merupakan satu langkah penting ke arah keterangkuman kewangan dan kecekapan pengurusan tenaga kerja asing, sejajar dengan usaha negara memperkukuh sistem pembayaran gaji yang lebih telus dan selamat.
“e-Wages menghapuskan keperluan pembayaran secara tunai yang berisiko tinggi, sekali gus meningkatkan ketelusan, keselamatan dan kecekapan dalam urusan penggajian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TFP Solutions, Datin Eugena Braganza.
Beliau berkata, inisiatif itu juga menyokong agenda Digital Malaysia MADANI dalam menangani isu penipuan gaji dan eksploitasi pekerja asing, selain membantu meningkatkan ketepatan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui rekod gaji yang lebih sistematik.
Platform digital sepenuhnya itu turut menawarkan pelbagai kemudahan termasuk Kad Mastercard Global, akses kepada DuitNow, perkhidmatan kiriman wang berlesen serta pakej SIM CelcomDigi bagi memastikan ketersambungan komunikasi yang lebih baik.
Antara kelebihan utama e-Wages ialah:
- Menghapuskan keperluan membawa wang tunai dalam jumlah besar
- Mengurangkan beban pentadbiran dalam pengagihan gaji
- Memudahkan pekerja menghantar wang ke negara asal tanpa perlu mengambil cuti
- Mengelakkan penggunaan saluran kiriman wang tidak berlesen yang berisiko