Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki

Mangsa berusia 31 tahun itu sedang membaiki kereta tersebut ketika kejadian berlaku. - Gambar/ JBPM
TANAH MERAH: Seorang mekanik putus kaki kanan selepas pendingin hawa sebuah kereta jenis Perodua Kancil tiba-tiba meletup di sebuah bengkel di Kampung Air Merbo Dalam di sini pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Seorang mekanik putus kaki kanan selepas pendingin hawa Perodua Kancil meletup di sebuah bengkel di Kampung Air Merbo Dalam.
- Mangsa berusia 31 tahun itu sedang membaiki kereta tersebut ketika kejadian berlaku.
- Pihak Bomba menerima panggilan kecemasan, dan mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah dengan keadaan selamat.
"Seramai tujuh pegawai termasuk anggota telah dikerahkan ke lokasi dan mendapati terdapat kejadian letupan pada sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang berada di dalam bengkel terbabit.
"Mangsa telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Tanah Merah selepas solat Jumaat.
"Pemantauan telah dibuat dan keadaan terkawal serta selamat. Operasi tamat jam 11.40 pagi dan kes diserahkan semula kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Asisten Komisioner Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


