awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
05/02/2025
09:08 MYT
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Perdana Menteri ditemui selepas Majlis Pelancaran Buku Malik Bennabi Reader dan International Institute of Future Studies di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di sini, pada Rabu.- Foto Astro AWANI/Shahir Omar
GOMBAK: Pendirian Malaysia adalah sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.

Ringkasan AI
  • Malaysia mengekalkan pendirian yang sama seperti negara Islam lain mengenai situasi di Gaza, Palestin.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan meneliti kenyataan Presiden AS, Donald Trump, mengenai Gaza sebelum memberikan ulasan lanjut.
  • Trump menyatakan ikrar untuk AS mengambil alih Semenanjung Gaza selepas rakyat Palestin dipindahkan ke negara lain, yang dianggap sebagai langkah yang bakal mengubah dasar AS berhubung konflik Israel-Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan Gaza sebelum mengulas lanjut.
“Kita sedang teliti, kita teliti kenyataan dulu kemudian kita akan ulas.
“Gaza yang penting, pendirian Malaysia kekal seperti mana negara-negara Islam lain, yang lain kita akan ulas kemudian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Buku Malik Bennabi Reader dan International Institute of Future Studies di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di sini, pada Rabu.
Maklum balas itu sebagai menjawab kenyataan Trump yang menyatakan ikrar untuk AS mengambil alih Semenanjung Gaza selepas rakyat Palestin dipindahkan keluar ke negara lain.
Terdahulu, Trump menyatakan ikrar itu sebagai satu langkah yang bakal 'menghancurkan' dasar berdekad-dekad AS berhubung konflik Israel-Palestin.
Rancangannya itu didedahkan tanpa memberi butiran terperinci pada satu sidang media bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Washington.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Gaza
#Anwar Ibrahim
#negara Islam
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan