KUALA NERUS: Lebih 1,000 penduduk di enam kampung di sekitar Hulu Dungun berdepan risiko banjir sekiranya aras air Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja meningkat melepasi aras bahaya seperti diramal bermula Khamis ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, ia melibatkan Kampung Pasir Raja, Kampung Shukor, Kampung Jongok Batu, Kampung Minda, Kampung Jerangau dan Kampung Kuala Jengai.
Justeru itu beliau mengingatkan semua penduduk di enam kampung tersebut sentiasa peka dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Pada 30 dan 31 Disember, kemungkinan Terengganu di daerah Hulu Dungun akan mengalami banjir sekiranya hujan lebat berterusan sepanjang tempoh tersebut.
"Lembangan Sungai Dungun akan meningkat melepasi paras bahaya dan dijangkakan enam kampung di sekitar sungai tersebut dijangka terjejas sekitarnya air sungai tersebut naik paras bahaya," katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: Jumlah mangsa di lima negeri menurun
Beliau berkata demikian selepas Program Derma Darah Monsoon Blood Donation 2.0 di Kuala Nerus pada Isnin.
Mohd Rosman berkata pihaknya juga sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi gelombang ketiga banjir yang mungkin melanda negeri itu.
Mohd Rosman yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, lebih 2,800 anggota melibatkan pelbagai agensi bersama aset sedia dikerahkan jika banjir kembali melanda negeri itu.
Terdahulu model ramalan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangkakan kemungkinan berlaku banjir di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bermula Khamis hingga Jumaat ini.
Menurut JPS, kemungkinan tersebut dikeluarkan susulan ramalan cuaca signifikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi tarikh 25 Disember.
Bagi Terengganu, aras air Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja dijangka melepasi paras bahaya pada 30 hingga 31 Disember ini.
Kawasan rendah di daerah Dungun serta kawasan sekitarnya berisiko mengalami banjir.
Nur Fazlizai Ali
Mon Dec 27 2021

Aras air Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja dijangka melepasi paras bahaya pada 30 hingga 31 Disember ini. - Gambar fail/ Bernama

Pilihan raya Lubnan: Guterres gesa penubuhan kerajaan inklusif
Beliau mengharapkan pembentukan pantas kerajaan yang inklusif bagi memuktamadkan perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Banjir: RM1 juta untuk petani, penternak dan pengusaha ikan sangkar Terengganu
Bantuan itu akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun mereka yang terlibat seawal April ini.

Terengganu masih kumpul data kerugian penduduk terjejas banjir
JPKK yang terlibat sedang berurusan dengan ADUN dan Pegawai Daerah untuk penyelarasan data serta bantuan.

Banjir: Terengganu pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Kelantan menurun
Banjir di Terengganu dilaporkan pulih sepenuhnya pada awal petang Sabtu, selepas tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup secara rasmi jam 1.00 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu terus menurun
Jumlah mangsa banjir di kedua-dua negeri di Pantai Timur menunjukkan trend penurunan setakat 8 malam ini.

Banjir: USIM hantar sukarelawan ke Terengganu, tumpu operasi cuci rumah mangsa
Seramai 47 sukarelawan terdiri daripada 39 pelajar dan lapan kakitangan bertolak ke Kemaman pada Jumaat dan akan berada di sana sehingga Ahad.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu terus menurun
Jumlah mangsa banjir di dua negeri Pantai Timur menunjukkan trend penurunan apabila 5,831 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 2 petang ini berbanding 7,561 pagi tadi.

Sukarelawan Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia edar bantuan mangsa banjir
Skuad itu akan mengedar barangan keperluan asas serta sumbangan wang tunai menerusi peruntukan khas RM3.77 juta kepada lebih 20,000 mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih
Di Terengganu, mangsa banjir terus berkurangan kepada 2,846 mangsa daripada 808 keluarga setakat 8 pagi ini.

Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu, Kelantan menurun
Situasi banjir di Terengganu dan Kelantan semakin baik apabila terdapat penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat malam ini.

MAFI nilai kerugian akibat banjir di Kelantan, Terengganu
Anggaran kerugian sektor agromakanan di dua negeri berkenaan berjumlah RM500,000 antaranya melibatkan sektor padi beras, penternakan dan akuakultur.