awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk bandar di Malaysia dijangka meningkat kepada 84 peratus pada 2040

Astro Awani
Astro Awani
18/10/2022
20:40 MYT
Penduduk bandar di Malaysia dijangka meningkat kepada 84 peratus pada 2040
Jumlah penduduk di kawasan bandar di Malaysia dijangka meningkat kepada 84 peratus pada tahun 2040 sekali gus menyebabkan ketepuan yang memberi kesan kepada kualiti penduduk dan alam sekitar di kawasan setempat. - Gambar hiasan/BERNAMA
SHAH ALAM : Jumlah penduduk di kawasan bandar di Malaysia dijangka meningkat kepada 84 peratus pada tahun 2040 sekali gus menyebabkan ketepuan yang memberi kesan kepada kualiti penduduk dan alam sekitar di kawasan setempat.
Sejajar dengan perkembangan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk M Noor Azman Taib berkata, agenda perbandaran dan perubahan iklim tidak boleh dipisahkan sama sekali.
Menurutnya, setiap bandar perlu mengambil tindakan segera dalam memerangi perubahan iklim yang bukan sahaja melanda Malaysia malah seluruh dunia juga.
“Strategi mitigasi dan tindakan adaptasi memerlukan pendekatan yang lebih inklusif perlu dilakukan segera.
“Ia juga perlu diterapkan dalam pelan perancangan dan pembangunan bandar yang bukan sahaja dapat mengatasi isu tempatan tetapi juga menyumbang kepada komitmen Malaysia untuk mencapai Net-Zero green-house gas menjelang 2050," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Malaysia Urban Forum 2022 di Shah Alam pada Selasa.
Tambah beliau, perbandaran yang pesat juga menyebabkan pelbagai konflik timbul seperti kesesakan daripada aktiviti bandar menyebabkan pencemaran yang menjejaskan kesihatan kita.
Tegasnya, ia juga memberi tekanan kepada sumber sedia ada seperti reruang yang semakin berkurangan, sumber infrastruktur dan kewangan serta modal insan yang berkebolehan untuk mengatasi pelbagai cabaran dialami bandar pada masa kini.
“Dengan hanya 2,362 hari lagi untuk kita mencapai agenda mampan 2030, maka tindakan tempatan adalah prioriti.
“Ia selaras dengan peranan KPKT selaku Pengerusi Jawatankuasa Localising SDGs (Matlamat Pembangunan Mampan) di bawah National SDG Council yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri,” ujarnya.
MUF2022 merupakan platform perbincangan isu-isu tempatan dan penyelesaian kepada isuisu perbandaran serta perancangan bandar yang mampan.
Bertemakan “Tindakan Tempatan Kepada Bandar & Komuniti Berdaya Tahan Masa Hadapan”, MUF 2022 dilihat sangat bertepatan dan selari dengan cabaran yang dihadapi di bandar-bandar pada masa kini.
Topic Berkaitan
#kepadatan penduduk
#bandar
#KPKT
#alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan