NIBONG TEBAL: Penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung di sini, sejak 12 Januari lalu belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, walaupun kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya, namun penduduk tidak dibenarkan pulang atas faktor keselamatan dan kesihatan.
"Kita masih perlu tunggu keadaan dalam beberapa hari lagi sebelum apa-apa keputusan untuk menutup PPS dan membenarkan penduduk pindah balik demi keselamatan.
"Kita tak ingin kompromi dari segi keselamatan penduduk walaupun kita tahu bukan senang utk duduk di PPS, tapi saya percaya jawatankuasa akan bantu penduduk terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau keadaan terkini kesan kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung pada Sabtu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Marlia Mohd Belia berkata, masih terdapat pencemaran udara dan gas di kawasan perumahan penduduk yang boleh memberi kesan kepada kesihatan.
"Walau bagaimanapun kita difahamkan terdapat penduduk yang sebelum ini berpindah ke rumah saudara mara telah mula pulang ke rumah mereka atas kerelaan sendiri," katanya.
Sebelum ini, kira-kira 400 penduduk daripada 90 keluarga diarahkan mengosongkan rumah sejak 12 Januari lalu selepas 6.5 hektar daripada keseluruhan 16.2 hektar tapak pelupusan sampah itu terbakar.
Mereka terdiri daripada 38 buah keluarga yang tinggal di Ladang Byram dan 52 buah keluarga dari Kampung Kebun Baru.
Sementara itu, Kon Yeow berkata, laporan berhubung kejadian itu akan dibentangkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang minggu hadapan.
Katanya, pembentangan laporan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) adalah untuk mengariskan langkah-langkah yang dicadangkan terhadap pihak pengurusan tapak pelupusan sampah berkenaan.
Katanya, tindakan selanjutnya akan diputuskan terhadap syarikat berkenaan sejurus pembentangan laporan selesai dan penilaian prestasi dilakukan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Feb 05 2022
Walaupun kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya, namun penduduk tidak dibenarkan pulang atas faktor keselamatan dan kesihatan. - Gambar/ Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pulau Burung destinasi pelancongan menarik di Negeri Sembilan
Siapa sangka di sebalik keindahan pantai di Port Dickson tersergam sebuah pulau kecil yang dikenali Pulau Burung yang juga satu daripada hutan paya laut di Negeri Sembilan.
JAS siasat pelepasan air tercemar berwarna hitam dari Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung
JAS mengesan tindakan pihak tidak bertanggungjawab melepaskan air larut resapan dari kolam takungan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sehingga mencemarkan laut.
Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi
Kebakaran melibatkan tapak pelupusan sampah dengan anggaran keluasan 200 x 200 kaki persegi.
Kontrak syarikat pengurusan tapak pelupusan sampah mungkin tidak disambung
Perkara itu telah dibincangkan sebanyak dua kali dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang yang diadakan pada minggu lalu dan Rabu.
JAS lengkapkan kertas siasatan pendakwaan kebakaran di Pulau Burung
Kertas siasatan pendakwaan terhadap pihak pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal Pulau Burung fasa 1 di Nibong Tebal, Pulau Pinang sedang dilengkapkan.
Kebakaran tapak pelupusan sampah: PPS SK Saujana Indah ditutup sepenuhnya
Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) berikutan penduduk yang terlibat dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
98 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung dipadamkan
Operasi pemadaman yang memasuki hari ke-20 hari ini dijangka ditamatkan dalam masa terdekat.
Minta bantuan pusat padam kebakaran di Pulau Burung - Chant
Langkah itu perlu segera diambil supaya dapat membantu memadamkan kebakaran dengan lebih pantas demi keselamatan kesihatan rakyat.
45 peratus kawasan kebakaran di Pulau Burung belum dipadam - Bomba Pulau Pinang
Kejadian kebakaran tapak pelupusan sampah itu dilapor berlaku pada kira-kira 5 petang pada 12 Jan lepas.
58 peratus Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung masih terbakar
Ketika ini, hanya kebakaran di sektor empat daripada lima sektor membabitkan keluasan 6.5 hektar telah berjaya dipadam sepenuhnya.