Cuaca panas kering yang melanda negara ketika ini menyebabkan penyusutan kuantiti air di beberapa buah sungai di Kelantan.

Sungai Ketil di tengah bandar Gua Musang ialah antara sungai yang mengalami perubahan ketara dan dilihat semakin cetek.

Penduduk Kampung Kerinting berdekatan sungai itu mendakwa mereka tidak pernah melihat paras air sungai itu secetek ini selama 30 tahun menghuni di situ.

Menurut penduduk, paras air bukan sahaja semakin surut, malah batu-batuan dan beting pasir mula terbentuk menjadi sebuah pulau sementara.

“Sudah 32 tahun kakak tinggal di sini, tak pernah tengok lagi paras air jadi begini, Tapi kalau itu kehendakNya, kita nak buat macam mana. Tambah pula dengan cuaca panas sekarang ini, tak boleh nak kata apalah,” kata seorang penduduk Wan Zaleha Ismail.

Tambahnya, pada suatu ketika dahulu, paras kedalaman air Sungai Ketil menghampiri sebuah jambatan besi yang menjadi penghubung kepada penduduk Kampung Kerinting untuk melakukan urusan di bandar Gua Musang.

“Memang berbezalah, kalau dulu air dalam sungai ini boleh nak mandi-manda. Tapi sekarang ni, memang cetek sangat,” kata seorang lagi penduduk Mohd Zain Che Ahmad.

Menurut Azmi Abdullah yang telah lama menetap di sini, sejak selepas banjir besar dahulu, cuma sekali sahaja hujan. Malah paras air juga tidaklah turun dengan begitu mendadak seperti ini.

Banjir besar di sini hujung tahun lalu menyaksikan air Sungai Ketil melimpahi tebing sehingga menenggelamkan rumah penduduk, tambahnya lagi.

Sungai Ketil merupakan sumber utama air bagi penduduk sekitar sekiranya terputus bekalan air bersih,