awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM

Bernama
Bernama
24/12/2025
09:30 MYT
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Komposisi penduduk bukan warganegara menurun daripada 10.0 peratus pada 2024 kepada 9.9 peratus pada 2025. - Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan berjumlah 3.38 juta pada 2025, dengan kadar pertumbuhan tahunan menurun kepada -0.5 peratus berbanding 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ringkasan AI
  • Penduduk bukan warganegara di Malaysia dijangka mencapai 3.38 juta pada 2025, dengan kadar pertumbuhan menurun kepada -0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.
  • Komposisi penduduk bukan warganegara menurun daripada 10.0 peratus pada 2024 kepada 9.9 peratus pada 2025, dengan 33 daerah mencatatkan jumlah melebihi paras kebangsaan.
  • DOSM menekankan kepentingan statistik migrasi antarabangsa sebagai asas untuk pembangunan sistem data yang lebih tersusun dan konsisten, memberi impak kepada dasar serta perancangan negara.

Berdasarkan Statistik Migrasi Antarabangsa, Malaysia, 2025 dikeluarkan DOSM hari ini, komposisi penduduk bukan warganegara turut menunjukkan penurunan daripada 10.0 peratus pada 2024 kepada 9.9 peratus pada 2025.
"Secara keseluruhan, 33 daerah pentadbiran mencatatkan komposisi penduduk bukan warganegara melebihi paras nasional (9.9 peratus) pada 2025," menurut kenyataan DOSM.
DOSM buat julung kalinya mengeluarkan penerbitan Statistik Migrasi Antarabangsa, Malaysia, 2025 selaras dengan saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Recommendations on Statistics of International Migration and Temporary Mobility 2025 yang mengesyorkan setiap negara ahli menyediakan statistik berkaitan stok serta aliran migrasi antarabangsa secara bersepadu dan berterusan.
Mengulas laporan tersebut, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata penerbitan ini menjadi asas kepada pembangunan sistem data migrasi antarabangsa yang lebih tersusun dan konsisten selaras dengan piawaian antarabangsa.
Bagi permulaan penyediaan statistik migrasi antarabangsa Malaysia, tumpuan adalah terhadap statistik stok migran iaitu penyediaan statistik komprehensif bagi stok penduduk bukan warganegara di Malaysia dan stok warganegara Malaysia di luar negara.
"Penyediaan statistik stok ini akan terus dipertingkatkan melalui liputan data lebih luas serta penambahbaikan metodologi bagi memastikan ketepatan, kebolehpercayaan dan keseragaman data.
"DOSM akan terus memantapkan koordinasi dengan agensi berkaitan untuk menyokong penyediaan statistik migrasi antarabangsa yang lebih tepat, menyeluruh dan bermanfaat bagi dasar serta perancangan negara," katanya.
Menurut DOSM, statistik ini merupakan input penting bagi penggubalan polisi dan perancangan program berkaitan migrasi antarabangsa serta sumber rujukan kepada penyelidik dan akademik.
Migrasi antarabangsa memainkan peranan penting dalam pembentukan struktur kependudukan negara dengan implikasi langsung terhadap pasaran buruh, penyediaan perkhidmatan sosial dan perancangan pembangunan sosioekonomi.
"Oleh itu, ketersediaan statistik migrasi antarabangsa yang berkualiti dan boleh dipercayai adalah asas penting bagi menyokong penggubalan polisi dan membuat keputusan," menurut DOSM.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#penduduk bukan warga negara Malaysia
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Mohd Uzir Mahidin
#DoSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan