Seramai 40 orang di sekitar Kampung Chepor Indah cemas dengan banjir kilat yang berlaku buat pertama kalinya di perkampungan mereka pada malam Selasa.
Dalam kejadian sekitar 10 malam itu, hujan lebat berterusan sejak petang Selasa menyebabkan enam buah kediaman dinaiki hingga setinggi hampir satu meter.
Pegawai Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kinta, Lt. (PA) Rayner Saimon berkata hujan ribut berteruskan sejak pukul 3 petang menyebabkan paras air di kedua-dua sungai berhampiran meningkat secara mendadak.
"Paras air meningkat mendadak dari Sungai Keladi yang bersaiz kecil, seterusnya memasuki Sungai Kuang dan melibatkan limpahan deras air ke Kg Chepor Indah.
"Bagaimanapun, situasi air kini terkawal dan air setakat memenuhi perkarangan kediaman namun tidak memasuki bahagian dalam rumah kesemua penduduk berkenaan,"katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Rayner berkata beliau difahamkan oleh penduduk bahawa kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Kg Chepor Indah berikutan hujan lebat berterusan dan saiz Sungai Keladi cukup besar.
"Kami akan melaksanakan pemantauan kerap untuk dari masa ke masa untuk lokasi yang berisiko bencana, untuk keselamatan penduduk setempat," katanya.
Nazialita Geynna Maharan
Wed May 03 2017
Difahamkan keadaan tersebut merupakan kali pertama yang berlaku di Kg Chepor Indah berikutan hujan lebat berterusan. - Foto Astro AWANI
AWANI Borneo [14/12/2024] – Kecewa PN mahu sertai PRN17 | Demi kekukuhan PBB | Hidrogen mesra alam
AWANI Borneo Sabtu, 14 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
Hanya 47 mangsa banjir direkodkan di Johor, Pahang
Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 47 orang sahaja setakat 7 malam berbanding 305 mangsa tengah hari.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.