awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk cemas jumpa ular tedung selar di muka pintu

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
30/12/2022
03:50 MYT
Penduduk cemas jumpa ular tedung selar di muka pintu
Anggota bomba dari MOSAR Merapoh berjaya menangkap ular tedung selar sepanjang 2.44 meter di hadapan sebuah rumah di Kampung Mentara Baru, Lipis, pada Khamis. - Foto ihsan Bomba Lipis
LIPIS: "Ketika mengemas barang, saya terdengar bunyi sesuatu yang bergerak di luar rumah, sebelum dikejutkan dengan kehadiran ular tedung selar yang melingkar tidak jauh dari pintu."
Demikian kata seorang penduduk, Mohamad Aiman Zaimi, ketika menceritakan detik cemas kehadiran ular tedung selar di kediamannya di Kampung Mentara Baru, Merapoh, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, reptilia berukuran 2.44 meter (lapan kaki) terbabit bagaimanapun berjaya ditangkap oleh anggota bomba dari Pusat Mencari dan Menyelamat Gunung Tahan (MOSAR), Merapoh.
"Ketika membuka pintu, saya terkejut serta berasa cemas apabila melihat seekor ular tedung selar yang agak besar melingkar tidak jauh dari pintu. Kemungkinan haiwan ini masuk untuk mencari makanan.
"Melihat ular ini tidak mahu bergerak dari hadapan rumah dan bimbang haiwan ini bertukar lebih agresif, saya pun segera menghubungi Balai Bomba Kuala Lipis untuk meminta bantuan," katanya di sini, hari ini.
Mohamad Aiman bersyukur kerana dia dan ahli keluarganya terselamat daripada haiwan tidak diundang tersebut selepas anggota bomba berjaya menangkapnya sejurus tiba di lokasi.
"Saya berterima kasih kepada anggota bomba yang cekap dan cepat bertindak menangkap ular tedung selar ini. Kami sekeluarga menarik nafas lega kerana tiada berlaku kejadian tidak diingini," katanya.
Sementara itu, Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, seramai lima orang anggota bomba dari MOSAR, Merapoh, bergegas ke tempat kejadian bagi menangkap haiwan tersebut.
"Setiba di lokasi, anggota bomba mengesahkan seekor ular tedung selar berlingkar di hadapan pintu rumah dan operasi menangkap terus dilakukan.
"Memandangkan keadaan waktu malam, anggota bomba berhati-hati ketika menjalankan tugas dan mengambil masa selama hampir 30 minit barulah ular ini berjaya ditangkap,"katanya.
Beliau berkata, tugas penangkapan reptilia tersebut serta pemantauan keselamatan berakhir pada pukul 10 malam sebelum anggota bomba MOSAR pulang manakala reptilia tersebut dilepaskan ke habitat asal.
Ujarnya, penduduk perlu lebih berwaspada ketika musim hujan dan cuaca tidak menentu kerana reptilia berbisa kerap keluar mencari makanan selain bersembunyi di tempat yang lembab.
Topic Berkaitan
#ular tedung
#ular tedung selar
#bomba
#Merapoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan