[TERKINI] Najib Razak kekal di Penjara Kajang
MALAYSIA

Penduduk Desa Palma gempar bunyi letupan

Sinar Harian 22/12/2025 | 09:00 MYT
Tangkap layar video tular memaparkan Pasukan keselamatan sedang melakukan siasatan di tempat kejadian. -Foto Sinar Harian
NILAI: Penduduk di kawasan Desa Palma di sini panik seketika apabila digemparkan dengan bunyi letupan awal pagi Isnin.


Ringkasan AI
  • Penduduk Desa Palma, Nilai, panik selepas bunyi letupan awal pagi Isnin.
  • Pasukan keselamatan sedang menyiasat kejadian yang melibatkan paku di jalan dan kenderaan yang terjejas.
  • Polis Nilai sedang mengenal pasti suspek serta mendapatkan bantuan bomba untuk siasatan lanjut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan kecemasan sekitar jam 6.30 pagi.

"Pasukan kami terus bergegas ke lokasi dan pemeriksaan telah menemui banyak paku atas jalan dan beberapa kenderaan yang terkena serpihan letupan di salah satu blok.

"Kita turut mendapatkan bantuan bomba bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut diteruskan termasuk mengenal pasti objek yang meletup," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Menurutnya, polis juga sedang mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian dan Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan akan memberikan maklumat lanjut berkaitan kes ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian. -Sinar Harian



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang menyebabkan penduduk Desa Palma panik awal pagi Isnin?
    A: Mereka digemparkan dengan bunyi letupan yang terjadi di kawasan tersebut.
  • Q: Bagaimana tindakan yang diambil oleh Pasukan keselamatan setelah menerima panggilan kecemasan?
    A: Pasukan keselamatan terus bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.
  • Q: Apakah yang ditemui oleh pihak polis semasa pemeriksaan di lokasi kejadian?
    A: Pihak polis menemui banyak paku atas jalan dan beberapa kenderaan yang terkena serpihan letupan di salah satu blok.



#Desa Palma Nilai #letupan #paku #panggilan kecemasan