"Ini sesuatu yang tidak dijangka kerana tidak pernah alami sejak tinggal di sini 48 tahun dulu."
Fuziah Alias, 63, antara mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Batu di sini berkata kejadian itu berlaku dengan amat pantas dan hanya disedari ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh.
"Hujan sangat lebat pada masa itu seawal pukul 5.30 pagi tadi. Saya tidak sempat menyelamatkan barangan yang saya anggarkan kerosakannya mencecah RM10,000.
"Walaupun begitu, saya reda dengan kejadian ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Seramai 200 penduduk di Kampung Batu dan Kampung Pulai di sini terjejas akibat banjir kilat itu yang mencecah ketinggian 0.62 meter tetapi tiada pusat pemindahan dibuka selepas air surut kira-kira pukul 10.30 pagi Isnin.
Banjir kilat itu berpunca daripada hujan lebat sejak malam tadi, sekali gus menyebabkan air Sungai Rembau melimpah.
Ainul Hasni Abu Hassan, 52, juga dari Kampung Batu berkata kejadian itu disedarinya sekitar 7 pagi.
"Ini adalah rumah mak saya dan hujan lebat berlaku antara pukul 5.30 dan pukul 7 pagi, air mula naik hingga ke paras lutut ke dalam rumah dan kami tidak sempat berbuat apa-apa," katanya.
Bencana itu turut mendapat perhatian Anggota Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang bergegas dari Putrajaya ke Rembau bagi melihat sendiri mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Batu.
Dalam lawatan sejam itu, Khairy berkata pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberi bantuan sewajarnya kepada lebih 40 pemilik rumah yang terjejas di dua kampung iaitu Kampung Batu dan Kampung Pulau, esok.
Turut turun padang ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota yang juga Yang DiPertua DUN Negeri Sembilan Datuk Dr Awaluddin Said. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 20 2017
Anggota Bomba dan Penyelamat Rembau bersama polis serta penduduk Kampung Minching menjalankan pemantaun berikutan banjir kilat pada Isnin. - Foto Bernama
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.