awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang cedera penerbangan Etihad Airways dilanda gelora udara serius
'Peranan saya dalam SRC terhad kepada beri kelulusan dan kuasa veto' - Najib
Perancis catat lebih banyak kematian berbanding kelahiran pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Dungun nikmati suhu luar biasa, serendah 18 darjah Celsius

Bernama
Bernama
14/01/2026
10:20 MYT
Penduduk Dungun nikmati suhu luar biasa, serendah 18 darjah Celsius
Suhu sejuk antara 18 hingga 20 darjah Celsius direkodkan di beberapa kawasan di Dungun sejak beberapa hari lalu. - Gambar/ Bernama
DUNGUN: Penduduk di daerah Dungun terutama di kawasan luar bandar kini merasai suhu yang agak luar biasa terutama pada waktu pagi sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Ringkasan AI
  • Penduduk di Dungun mengalami suhu sejuk 18-20 darjah Celsius, memaksa mereka memakai jaket tebal, terutamanya di kawasan luar bandar.
  • Sekolah Kebangsaan Pasir Raja di Dungun juga terkesan dengan cuaca sejuk, dengan kebanyakan murid memakai baju sejuk seperti di Cameron Highlands.
  • Cuaca sejuk di Terengganu disebabkan oleh luruan sejuk dari Monsun Timur Laut, dijangka cuaca normal akan pulih antara Februari dan Mac.

Malah, suhu sejuk antara 18 hingga 20 darjah Celsius itu menyaksikan penduduk terpaksa memakai jaket tebal bagi memanaskan badan.
Tinjauan Bernama di Kampung Pasir Raja di Hulu Dungun di sini yang bersempadan dengan Jerantut, Pahang pada pagi tadi mendapati keadaan persekitaran berkabus, namun penduduk menjalankan aktiviti mereka seperti biasa.
Selain itu, suasana di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja yang terletak di kampung itu turut kelihatan seumpama berada di Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pahang apabila kebanyakan murid hadir ke sekolah memakai baju sejuk.
Guru Besar SK Pasir Raja Mohd Nor Azizi Kamarudin berkata keadaan cuaca sejuk itu mula dirasai sejak hari pertama persekolahan pada Ahad lepas.
"Kawasan persekitaran kampung berhampiran sekolah juga berkabus pada waktu pagi berikutan penurunan suhu udara," katanya ketika ditemui di sekolah itu hari ini.
Mohd Nor Azizi berkata suhu yang direkodkan di sekolah itu serendah 18 darjah Celsius pada 7 pagi Ahad lepas, manakala pada hari berikutnya kira-kira 20 darjah Celsius.
Berikutan itu, pihak sekolah menggalakkan murid memakai baju sejuk sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kesihatan mereka terjejas.
Bagaimanapun, beliau bersyukur rekod kehadiran semua 43 murid di sekolah itu penuh setakat hari ini.
Seorang murid, Muhammad Fakhril Aryan Mohd Firdaus, 11, berkata ibunya terpaksa bangun awal sepanjang minggu ini dan menjerang air panas untuk dia mandi sebelum ke sekolah.
"Saya tidak boleh mandi menggunakan air paip kerana terlalu sejuk dan sebelum ini tidak pernah mengalami cuaca sesejuk itu," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Chung Jing Xiang berkata cuaca sejuk di Terengganu sehingga suhu mencecah 18 darjah Celsius sejak Ahad lepas, berpunca daripada kehadiran luruan sejuk pada Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang melanda kawasan Pantai Timur.
Fenomena itu berlaku apabila angin Timur Laut yang berasal dari benua Siberia bergerak ke rantau ini.
"Angin ini pada asalnya bersifat sejuk dan kering, namun apabila melalui Laut China Selatan, ia menyerap wap air dari permukaan laut lalu menjadi lebih lembap. Angin itu dikenali sebagai luruan sejuk," katanya dalam kenyataan hari ini.
Chung berkata berdasarkan rekod suhu di Terengganu, cuaca lazimnya kembali kepada biasa antara Februari hingga Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dungun
#cuaca sejuk
#suhu sejuk
#angin timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan