GUA MUSANG: Penduduk Felda Perasu kini gusar dengan kemunculan seekor gajah liar yang didakwa menghampiri kawasan kebun dan penempatan mereka serta merosakkan tanaman sejak Khamis lepas.
Seorang penduduk, Sukri Solanuddin, 36, berkata dalam kejadian terbaharu, seekor gajah liar yang bergading telah memakan pokok pisang dan kelapa yang ditanam di tepi rumahnya.
"Kehadiran gajah itu disedari selepas saya bersama keluarga pulang dari bandar Gua Musang bagi meraikan sambutan ambang merdeka, Rabu lepas.
"Saya dapat lihat sendiri kelibat gajah itu yang merosakkan tanaman kelapa dan pisang kira-kira dua meter dari kawasan rumah pada 1 pagi setelah terdengar bunyi zink dipijak dengan kuat oleh haiwan itu," katanya kepada pemberita di Felda berkenaan.
Menurut Sukri, dia sekeluarga terpaksa bersembunyi kira-kira 20 minit di dalam rumah kerana ketakutan sebelum mendapatkan bantuan jiran.
"Keesokan pagi, saya dapati kesan tapak kaki, najis serta beberapa pokok dimusnahkan gajah terbabit. Saya sangat bimbang dengan keselamatan keluarga jika gajah tersebut kembali dan memasuki kawasan rumah," katanya yang memiliki empat anak berusia antara lima hingga 15 tahun.
Mat Yunus Majid, 67, pula berkata isu konflik antara manusia dan gajah di tanah rancangan tersebut telah berlarutan sejak tiga tahun lepas sehingga mengakibatkan banyak kerugian terpaksa ditanggung oleh penduduk.
"Kami berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertindak lebih agresif dan datang membantu bagi menghalau haiwan liar berkenaan supaya keselamatan penduduk terjamin," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi pada Ahad berkata pihaknya telah menerima aduan berkaitan kejadian terbaharu itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2023
Perhilitan menerima aduan berkaitan kejadian gajah liar yang didakwa menghampiri kawasan kebun dan penempatan serta merosakkan tanaman, dan menjalankan siasatan lanjut. - Gambar fail BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Perhilitan tangkap harimau serang haiwan ternakan
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor harimau dahan jantan yang dipercayai berkeliaran di pinggir Kampung Lubuk Tualang di Sik, pagi semalam.
Penduduk Felda Perasu bimbang kehadiran gajah
Dalam kejadian terbaharu, seekor gajah liar yang bergading didakwa telah memakan pokok pisang dan kelapa yang ditanam di tepi rumahnya.