awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Flat Persiaran Paya Terubong 'merdeka', PKPD ditamatkan lebih awal

Astro Awani
Astro Awani
27/12/2020
10:31 MYT
Penduduk Flat Persiaran Paya Terubong 'merdeka', PKPD ditamatkan lebih awal
Ismail Sabri berkata, PKPD itu ditamatkan lebih awal selepas mendapat nasihat KKM. -Gambar fail
KUALA LUMPUR :Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Flat Persiaran Paya Terubong, Relau, Mukim 13, Pulau Pinang yang dijadualkan sehingga 31 Disember, ditamatkan hari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia ditamatkan lebih awal atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurutnya, sehingga kini, KKM selesai melaksanakan 5,585 saringan ke atas penduduk mengikut blok di lokaliti itu.
“Selepas saringan dilakukan, sebanyak 113 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
“KKM mengesahkan kes positif COVID-19 di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan tiada lagi sampel menunggu keputusan.
“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di kawasan itu pada Ahad, lebih awal dari yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan melanjutkan pelaksanaan PKPD di flet yang terletak di Mukim 13, Pulau Pinang itu bermula 7 Disember hingga 31 Disember ini.
Topic Berkaitan
#PKPD
#Merdeka
#tamat PKPD
#Ismail Sabri
#ismail sabri yaakob
#KKM
#kerajaan
#Kementerian Kesihatan
#menteri
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#kes positif
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan