awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk gempar 'Abang Besar' muncul

Sinar Harian
Sinar Harian
30/06/2021
03:14 MYT
Penduduk gempar 'Abang Besar' muncul
Rakaman video menunjukkan buaya terbabit timbul di permukaan Sungai Selangor di Kampung Kuantan di Kuala Selangor pada Selasa. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Penduduk di Kampung Kuantan, di sini gempar berikutan tular rakaman video menunjukkan seekor buaya timbul di permukaan Sungai Selangor di kampung berkenaan pada Selasa.
Video berdurasi 0.24 saat itu menunjukkan reptilia tersebut timbul menyusuri sungai itu dalam beberapa saat sebelum tenggelam semula di permukaan air.
Sebuah laman Facebook yang memuat naik status itu memaklumkan, buaya itu ditemui pada petang Isnin.
"Kelibat 'Abang Besar' (buaya) di Kampung Kuantan petang tadi. Hati-hati kepada semua pemancing," katanya.
Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan sungai di kampung itu memang terkenal dengan habitat buaya.
"Penduduk Kampung Kuantan juga mengetahui tentang kewujudan buaya di situ," katanya.
Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati di sekitar kawasan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
"Perhilitan akan menjalankan siasatan dan membuat pemantauan di kawasan berkenaan," katanya.
Sinar Harian pada 20 Februari tahun lalu pernah melaporkan mengenai tular gambar seekor buaya menyusuri sungai di kampung berkenaan di Facebook.
Individu yang merakam gambar itu menyifatkan reptilia yang ditemui di Sungai Selangor itu terlalu besar.
Artikel asal di Sinar Harian: Penduduk gempar 'Abang Besar' muncul
Topic Berkaitan
#abang besar
#buaya
#Sungai
#Penduduk
#Sungai Selangor
#Kampung Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan