Penduduk imbau tragedi Tanjung Kupang

Astro Awani
Mac 9, 2014 10:46 MYT
Bangkai pesawat Boeing MH653 milik MAS yang terhempas pada 4 Disember 1977. --Gambar arkib
Misteri kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) pada awal pagi Sabtu mengimbau kembali pengalaman penduduk Kampung Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor, berhadapan dengan tragedi Boeing MH653 milik MAS pada 4 Disember 1977.
Nahas tersebut mengorbankan seratus nyawa dan merupakan tragedi kemalangan udara pertama syarikat penerbangan nasional itu.
Setelah kira-kira 37 tahun sejarah hitam itu berlalu, beberapa penduduk yang melalui detik-detik cemas dan menyayat hati menceritakan kembali pengalaman mereka.
##PrayForMH370 #Malaysia Airlines #MH370 #Tanjung Kupang