awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk kampung di Gua Musang dakwa dengar ngauman harimau

Bernama
Bernama
30/11/2023
09:01 MYT
Penduduk kampung di Gua Musang dakwa dengar ngauman harimau
Anggota Perhilitan Kelantan menunjukkan kesan tapak kaki harimau yang ditemui di Kampung Seberang Lembaga Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang, baru-baru ini. - Gambar fail
GUA MUSANG: Penduduk di Kampung Batu Papan yang terletak kira-kira dua kilometer (km) dari pusat bandar mendakwa mendengar ngauman harimau pada Selasa. (28 Nov)
Pekebun Sufiah Yahya, 58, berkata beliau mendengar bunyi itu ketika sedang menggali ubi kayu di kebun mereka.
Katanya ia turut didengari oleh dua anak lelakinya yang berada di lokasi berbeza di dalam kebun itu.
"Pada Selasa kali pertama saya mendengar bunyi tersebut pada 11 pagi.
"Pada hari yang sama saya dengar bunyi yang sama buat kali kedua ketika di kebun bersama suami kira-kira 3 petang, kami tidak sempat menghabiskan kerja-kerja menggali ubi kayu dan terus lari menyelamatkan diri selepas mendengar bunyi ngauman yang kuat," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.
Seorang penduduk Abdullah Muda, 63, berkata sejak sebulan lepas kira-kira 1,000 penduduk di sini hidup dalam keadaan berjaga-jaga selepas kelibat seekor harimau belang dikesan berada di laluan masuk kampung itu yang berjarak hanya lebih kurang dua kilometer dari Bandar Baru Gua Musang.
Beliau berkata penduduk juga telah membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
"Kampung ini terletak berhampiran Hutan Simpan Kekal Batu Papan dan kemungkinan haiwan liar seperti harimau tersesat masuk ke kawasan rumah penduduk untuk mencari makanan.
"Kami berharap usaha menangkap harimau dapat dilakukan bagi meredakan kebimbangan kerana penduduk pernah terserempak dan melihat tapak harimau di kawasan kampung," katanya.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata kehadiran harimau belang yang berkeliaran di daerah itu telah menimbulkan suasana yang tidak aman dan tidak tenteram serta menjadikan rakyat berada di dalam ketakutan.
"Kita tahu ia disebabkan habitatnya telah diganggu. Justeru satu pasukan khas dicadangkan dari Jabatan Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan perlu diwujudkan segera bagi membantu agensi yang terlibat menangani hal ini.
"Kita harap usaha menjaga habitat haiwan ini dimasukkan dalam peruntukan RM11 juta dari Belanjawan 2024 negeri yang dibentangkan baru-baru ini bagi tujuan pembangunan ekologi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#ancaman harimau
#penduduk kampung
#Kampung Batu Papan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan