Setiap kali musim tengkujuh, penduduk Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit, di sini, terus dihimpit kebimbangan.
Kejadian angin kencang yang bermula sejak Mei lalu, sehingga kini, mengakibatkan hampir 25 meter kawasan pantai sepanjang kampung berkenaan terhakis.
Demikian lumrah yang terpaksa dihadapi penduduk kampung tersebut susulan kejadian hakisan yang dialami saban tahun.
Rata-rata penduduk yang ditemui Astro AWANI memaklumkan, kejadian kali ini merupakan yang paling teruk sepanjang empat tahun lalu.
Alias Abu Bakar berkata, hakisan tersebut mengakibatkan pokok tumbang serta kemudahan infrastruktur, termasuk jalan berhampiran pantai, musnah.
"Dulu tak macam ini. Hakisan makin teruk sejak kes lapangan terbang. Hakisan terjadi hari-hari. Tak kiralah tambak mana-mana pun, mesti terhakis juga. Elok kalau tambak atas laut, buat macam pulau," katanya.
Pesara Felda Zabidi Ali mendakwa, kerajaan kurang prihatin dengan situasi yang berlaku di kawasan berkenaan kerana ia bukan tumpuan pelancong.
"Kami makin tua. Yang akan tinggal di sini nanti anak cucu juga. Hakisan ombak kena ditambak segera. Kalau tidak, memang habis.
"Baru-baru ini kerajaan janji hendak tambak sebelum musim tengkujuh, tetapi sampai sekarang tidak ada apa-apa khabar.
"Kerajaan nampaknya lebih mementingkan pembangunan jambatan baru di bandar, sebab itu laluan ramai orang, tak macam di sini," jelas Zabidi.
Seorang lagi pesara kerajaan, Engku Azmin Syed Mohd berkata, hakisan tahun ini merupakan yang paling teruk yang pernah berlaku.
"Tahun ini memang teruk. Lebih 50 kaki. Belum monsun lagi, kerana tahun ini angin akan ada sepanjang tahun. Jadi, tahun ini memang teruk benar lah.
"Baru-baru ini menteri besar ada datang lawat kawasan, mereka ada janji hendak buat benteng, tetapi, wallahua'lam,” keluh Engku Azmin.
Rata-rata penduduk menyatakan keindahan Pantai Maras yang suatu ketika dulu pernah menjadi tumpuan pelancong, kini lenyap dibadai hakisan ombak.
Sehubungan itu, mereka berharap pembinaan benteng pemecah ombak serta tambak pantai dapat dilaksanakan segera oleh kerajaan.
Astro Awani
Wed Nov 20 2019
Hampir 25 meter kawasan pantai sepanjang Kampung Pengkalan Maras terhakis akibat kejadian angin kencang yang bermula Mei lalu. - Astro AWANI
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca itu juga diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
Ribut petir, hujan lebat diramal landa negara hingga 5 petang
Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka berlaku di hampir semua negeri di Malaysia hingga pukul 5 petang ini.
Selepas taufan Toraji, Filipina diancam ribut tropika Usagi
Menurut Agensi Cuaca Nasional, ribut tropika Usagi dijangka tiba di pantai timur laut negara itu dalam tempoh sehari lagi.
MTL: Pasar Terapung Pulau Suri ditutup sementara
Pasar Terapung Pulau Suri ditutup sementara ekoran peralihan Monsun Timur Laut yang membawa angin kencang dan cuaca tidak menentu.
Taufan Super Kong-rey landa Taiwan, seorang maut dan 73 cedera
Taufan Super Kong-rey melanda Taiwan pada Khamis, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut dan 73 cedera akibat kemalangan yang berpunca daripada hujan lebat dan angin kencang.
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri
Kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri hingga 9 malam ini.
Hujan lebat, ribut diramal landa Terengganu petang dan awal malam ini
Ribut ini dijangka bergerak ke Barat menghala ke Vietnam, menyebabkan peningkatan kelajuan angin di rantau ini sehingga 28 Oktober.
Ribut Tropika Trami: METMalaysia keluar amaran cuaca signifikan hingga 28 Oktober
MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 25 Oktober.
Ribut petir, hujan lebat landa Perak, Pantai Timur dan Sabah hingga 1 pagi - METMalaysia
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Perak, Pantai Timur dan Sabah hingga 1 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).