awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk kampung gembira Perhilitan pasang pagar elektrik cegah gajah liar

Bernama
Bernama
26/10/2016
09:18 MYT
Penduduk kampung gembira Perhilitan pasang pagar elektrik cegah gajah liar
Penduduk kampung sudah beberapa kali terserempak dengan kumpulan gajah liar yang memasuki kawasan tanaman pisang dan kelapa sawit mereka. - fotoBERNAMA / Fail
Penduduk Kampung Sri Ketengga, Mukim Siong di sini gembira apabila akhirnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) memasang pagar eletrik bagi mencegah gajah liar yang sehingga kini telah merosakkan hampir 3,000 batang pokok pisang dan kelapa sawit.
Pagar elektrik sepanjang tiga kilometer yang siap seminggu lalu itu dibina di antara sempadan hutan Ulu Rimba dengan kawasan tanah penduduk kampung menggunakan kuasa solar dengan voltan yang tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sri Ketengga Ghazali Md Piah, 56, berkata ramai penduduk dan pemilik tanah pertanian yang menjadi sasaran gajah liar bersyukur dengan langkah diambil Perhilitan itu.
"Sudah beberapa kali penduduk kampung terserempak dengan kumpulan gajah liar yang memasuki kawasan tanaman pisang dan kelapa sawit yang mereka usahakan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, seorang pekebun kelapa sawit, Mohd Rosni Mat Ali, 50, yang mengusahakan lapan hektar kelapa sawit berkata sepanjang dua tahun ini, beliau telah kerugian hampir RM30,000 akibat kelapa sawit dan pokok pisangnya dimusnahkan gajah liar berkenaan. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gajah liar
#Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
#pagar elektrik
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan