awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Kampung Jerai minta henti projek pasir

Bernama
Bernama
15/02/2024
03:35 MYT
Penduduk Kampung Jerai minta henti projek pasir
Sekumpulan penduduk di Kampung Jerai, Bukit Selambau dekat Sungai Petani membantah projek menyedut pasir di kampung mereka yang didakwa mengancam keselamatan serta menjejaskan kelestarian alam sekitar di kawasan terbabit. --fotoBERNAMA
SUNGAI PETANI: Sekumpulan penduduk di Kampung Jerai, Bukit Selambau dekat sini membantah projek menyedut pasir di kampung mereka yang didakwa mengancam keselamatan serta menjejaskan kelestarian alam sekitar di kawasan terbabit.
Wakil penduduk Abd Rais Lah Omar, 54, berkata selain laluan keluar masuk ke tapak projek berdekatan dengan lima kediaman penduduk menyebabkan kekotoran serta gangguan pernafasan akibat pencemaran debu yang tebal.
"Keselamatan dan kesihatan penduduk yang tinggal di kawasan sekitar tapak projek terjejas terutama penduduk di Lot 321 dan 3164.
"Akibat daripada projek pasir itu juga terhasil lombong sangat luas dan dalam, jaraknya hanya 30 meter dari sempadan tanah (kediaman) berdekatan," katanya selepas membawa pemberita meninjau tapak projek pasir di Kampung Jerai dekat sini, petang semalam.
Katanya, pemilik tanah berhampiran tapak projek yang berjalan lebih kurang setahun lepas itu juga mengalami kerugian akibat daripada susut nilai tanah berikutan kesan perlombongan pasir.
Tapak projek pasir di Kampung Jerai dekat Sungai Petani. --fotoBERNAMA
Tapak projek pasir di Kampung Jerai dekat Sungai Petani. --fotoBERNAMA
"Kami berharap bantahan ini menarik perhatian pihak berwajib untuk menjalankan siasatan lanjut dan menyeluruh. Kami juga harap tiada lagi kelulusan menyedut pasir dikeluarkan selepas ini," katanya.
Seorang penduduk Siti Ramlah Husin, 63, berkata dia yang sejak lahir tinggal di kampung tersebut berasa tidak senang dan risau jika kawasan lombong pasir terhakis sehingga hampir ke kawasan rumahnya.
"Keadaan jadi bising. Mak saya dah tua, mata tak nampak, umur 84 tahun. Jadi tertekan sebab bunyi jentera tak berhenti," katanya.
Sekumpulan penduduk di Kampung Jerai membantah projek menyedut pasir di kampung mereka yang didakwa mengancam keselamatan dan menjejaskan kelestarian alam sekitar. --fotoBERNAMA
Sekumpulan penduduk di Kampung Jerai membantah projek menyedut pasir di kampung mereka yang didakwa mengancam keselamatan dan menjejaskan kelestarian alam sekitar. --fotoBERNAMA
Abdul Hadi Ahmad, 39, pula berkata dia berasa tidak tenteram kerana ramai kanak-kanak di kampung itu dan kawasan lombong menjadi sangat berbahaya jika mereka bermain di kawasan berkenaan.
"Tengah malam pun ada lori keluar masuk. Kalau boleh, tutup kuari pasir ini sebab dekat dengan rumah orang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek sedut pasir
#Kampung Jerai Bukit Selambau
#penduduk bantah
#lombong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan