MALAYSIA
Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru persoal hanya 16 daripada 43 rumah dalam proses pembinaan semula
Penduduk juga menuntut penjelasan rasmi mengenai bayaran sewa rumah sementara yang sebelum ini dijanjikan akan diberikan kepada semua mangsa selama enam bulan. - Gambar fail.
SUBANG JAYA : Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya menuntut penjelasan apabila hanya 16 daripada 43 buah rumah yang musnah sepenuhnya dalam proses pembinaan semula dan baik pulih menerusi projek yang dikendalikan agensi berkaitan.
Pertubuhan Kebajikan Penduduk KKSB dalam satu kenyataan memohon kerajaan negeri menjelaskan status baik pulih rumah sewa yang turut terjejas akibat insiden letupan gas pada 1 April lalu.
“Mengikut rekod, sebanyak 43 buah rumah musnah sepenuhnya dalam tragedi tersebut.
“Namun begitu, kami difahamkan hanya 16 buah rumah sedang dalam proses pembinaan semula dan baik pulih melalui projek yang dikendalikan oleh agensi berkaitan,” katanya.
Menurut mereka, majoriti rumah yang terjejas adalah rumah sewa, namun sehingga kini masih belum dibina semula ataupun menerima bantuan baik pulih.
Selain itu, penduduk juga menuntut penjelasan rasmi mengenai bayaran sewa rumah sementara yang sebelum ini dijanjikan akan diberikan kepada semua mangsa selama enam bulan.
“Sehingga kini, masih ramai mangsa belum menerima bayaran untuk fasa kedua (tiga bulan berikutnya), sekali gus menambah beban kewangan keluarga yang terpaksa menyewa rumah sementara,” jelas kenyataan itu lagi.
Penduduk menegaskan, keadilan dalam pengagihan bantuan adalah kunci untuk memulihkan kehidupan mangsa tragedi ini.
“Kami tidak mahu ada pihak yang terus terpinggir hanya kerana status rumah mereka sebagai rumah sewa,” ujar mereka.
Sehubungan itu, penduduk menyeru Kerajaan Negeri Selangor tampil memberikan penjelasan terbuka serta mengambil langkah segera bagi memastikan semua mangsa diperlakukan dengan adil tanpa ada yang tercicir.
Pada 4 Ogos, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan akan melanjutkan bantuan pembiayaan sewa rumah kepada mangsa selama tiga bulan lagi.