NATIONAL
Penduduk Kampung Sungai Baru tagih pembelaan selesaikan isu ambil alih tanah
Hussen Zulkarai mendakwa, pemimpin kerajaan terdahulu sepatutnya bertanggungjawab ke atas perkara itu. - Foto Astro AWANI/Luqman Aziz
KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Sungai Baru, di sini, terus menagih pembelaan setimpal susulan pengambilalihan tanah di kawasan mereka.
Malah, Presiden Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai turut mendakwa, pemimpin kerajaan terdahulu sepatutnya bertanggungjawab ke atas perkara itu.
“Mereka perlu tampil beri penjelasan kenapa kawasan itu belum dibangunkan lagi seperti mana janji-janji mereka sewaktu menjadi kerajaan.
“Bekas menteri-menteri yang pernah berjanji dengan penduduk Kampung Sungai Baru ini usahlah berdiam diri dan menyorokkan kebenaran. Jangan aniaya lagi penduduk kerana punca masalah ini bermula dari anda,” dakwanya ketika sidang media di sekitar kawasan flat berkenaan, di sini, pada Sabtu.
Bagi mendapatkan perincian lanjut oleh penduduk setempat, Astro AWANI mendapatkan maklum balas Pengerusi Jawatankuasa Sementara Penduduk Kampung Sungai Baru, Zainab Alias yang menyelar segelintir pihak kerana mempolitikkan isu itu.
“Saya mahu minta semua pihak di luar sana, jangan main naratif negatif. Kita cuma mahu mempertahan hak orang Melayu di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.
“Saya minta tolong dengan kerajaan sekarang, kalau kerajaan dulu mungkin ada salah, kerajaan sekarang tolong perbetulkan. Tidak perlu pindah hak milik nama ini kepada orang yang bukan bangsa kita, tanah ini tanah Penempatan Pertanian Melayu (MAS). Saya minta sangat-sangat kerajaan hari ini betulkan status tanah MAS ini di Kampung Sungai Baru, kembalikan kepada mereka yang berhak,” ujarnya.
Projek pembangunan Kampung Sungai Baru melibatkan 382 unit membabitkan 64 lot teres dan 264 unit flat.
Polemik ini timbul susulan tuntutan kumpulan penduduk asal terdiri daripada segelintir penduduk yang tidak berpuas hati dengan pampasan yang diperoleh.
Disember tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa telah menjelaskan isu berkenaan di Parlimen.
Katanya, usaha sama antara pemilik dan pemaju di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru adalah berdasarkan rundingan yang dipersetujui bersama tanpa paksaan, tekanan atau desakan.