awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Kampung Sungai Ramal agih bantuan kepada 200 warga Indonesia

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
19/04/2020
04:55 MYT
Penduduk Kampung Sungai Ramal agih bantuan kepada 200 warga Indonesia
Menurut Kamsari, bantuan itu diberikan bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas berikutan PKP sejak Mac lalu.
Seramai 200 warga Indonesia yang menetap di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor menerima bantuan berupa barangan keperluan harian menerusi program Bantuan Prihatin KPK COVID-19.
Timbalan Nazir Masjid Al Falah Kampung Sungai Ramal Dalam, Kamsari Nor berkata, bantuan itu diberikan bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.
Katanya, program itu juga bertujuan menyantuni warga indonesia yang tidak menerima sebarang bantuan sepanjang tempoh berkenaan.
"Sebanyak 200 ketua keluarga warga Indonesia yang tinggal di sini menerima bantuan berupa barang keperluan harian seperti sekampit beras, sekilo ikan kembung, tepung, gula, minyak, kentang dan kopi.
"Bantuan ini atas keprihatinan semua penduduk sekitar serta diperoleh daripada tabung yang diwujudkan masjid serta pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung bagi membantu mereka yang terjejas," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Ahad.
Bantuan itu disampaikan oleh Ketua Kampung Sungai Ramal Dalam, Lateb Manan dan Nazir Masjid itu, Yahya Jumadi.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#bantuan
#COVID-19
#Indonesia
#Kajang
#keluarga
#koronavirus
#masjid
#minyak
#Perintah Kawalan Pergerakan PKP
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan