awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk kawasan berisiko banjir di Wilayah Persekutuan disaran pindah awal ke PPS

Bernama
Bernama
12/10/2022
10:02 MYT
Penduduk kawasan berisiko banjir di Wilayah Persekutuan disaran pindah awal ke PPS
Shahidan berkata bilik air baharu juga akan dibina di semua PPS di Wilayah Persekutuan sebagai tambahan kepada bilik air sedia ada. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan berpotensi banjir di Wilayah Persekutuan disaran untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dua hari lebih awal dari tarikh jangkaan berlaku banjir.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata tindakan itu dilakukan agar dapat meminimumkan penggunaan aset terutamanya bot dan kenderaan berat semasa proses perpindahan dijalankan.
"Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat Wilayah Persekutuan bersetuju pada dasarnya, (mangsa banjir) akan berpindah dua hari sebelum banjir dan balik ke rumah masing-masing, dua hari selepas banjir," katanya dalam rakaman video mengenai kesiapsiagaan jawatankuasa itu dalam menghadapi banjir di Wilayah Persekutuan.
"Apabila banjir surut, kita akan benarkan mereka (mangsa banjir) berada di PPS selama dua hari lagi untuk memastikan supaya rumah yang mereka balik itu telah dicuci dan selamat diduduki," tambahnya.
Dalam usaha memberi keselesaan kepada mangsa banjir, Shahidan berkata bilik air baharu juga akan dibina di semua PPS di Wilayah Persekutuan sebagai tambahan kepada bilik air sedia ada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#Wilayah Persekutuan
#Shahidan Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan