MALAYSIA

Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan

Rudi Affendi Khalik 01/01/2026 | 07:15 MYT
Douglas Uggah Embas berkata amaran itu dikeluarkan selepas mesyuarat jawatankuasa berkenaan pada Khamis. -Foto Astro AWANI
KUCHING: Penduduk di sekitar bandar raya Kuching diminta bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir lebih buruk menjelang fenomena air pasang besar pada 2 dan 4 Januari ini.


Ringkasan AI
  • Penduduk di sekitar Kuching perlu bersiap siaga menghadapi potensi banjir lebih teruk menjelang air pasang besar pada 2 dan 4 Januari.
  • Douglas Uggah Embas menegaskan nasihat itu selepas mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana Sarawak.
  • Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 791 orang daripada 204 keluarga; tiga Pusat Penempatan Sementara (PPS) baharu telah dibuka.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Douglas Uggah Embas berkata amaran itu dikeluarkan selepas mesyuarat jawatankuasa berkenaan pada Khamis.

“Nasihat kami, bersiap siagalah terutama mereka yang tinggal di kawasan rendah.

"Mereka sudah melalui pengalaman ini dan tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Negeri.

Beliau menjelaskan amaran ini turut merangkumi sepanjang Monsun Timur Laut, dengan jawatankuasa pengurusan bencana di semua peringkat telah diaktifkan.

“Kita tidak tahu jumlah taburan hujan yang akan turun.

"Secara purata, jumlah taburan hujan di Sarawak adalah sekitar 5000 milimeter setahun, tetapi di Bintulu pada tahun lalu, turun 900 mililiter dalam sehari.

"Jika berada pada tahap itu, ia tidak memerlukan air pasang besar untuk mendatangkan masalah. Sudah pasti air akan naik,” katanya.

Sehingga jam 1 petang tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 791 orang membabitkan 204 keluarga.

Daripada jumlah itu, Dewan Masyarakat Stapok menempatkan 203 mangsa daripada 55 keluarga; Dewan Raden Piang, Kampung Sinar Budi Baru 49 keluarga dan 270 mangsa dan
PPS Surau Ar-Rahman Kampung Sungai Batu (8 keluarga dan 41 mangsa.

Tiga PPS baharu turut dibuka iaitu Surau Nurul Najhin Stapok (52 mangsa, 16 keluarga), Dewan Serbaguna Taman Malihah (205 mangsa, 68 keluarga) dan SK Chung Hua Sejijak (20 mangsa, 8 keluarga).



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah amaran yang dikeluarkan kepada penduduk di sekitar bandar raya Kuching?
    A: Mereka diminta bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir lebih buruk menjelang fenomena air pasang besar pada 2 dan 4 Januari.
  • Q: Siapakah yang mengeluarkan amaran tersebut dan pada tarikh berapakah amaran itu diumumkan?
    A: Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mengeluarkan amaran itu selepas mesyuarat jawatankuasa pada Khamis.
  • Q: Berapakah jumlah mangsa banjir yang dilaporkan sehingga jam 1 petang?
    A: Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 791 orang membabitkan 204 keluarga.
  • Q: Apakah tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu yang telah dibuka?
    A: Tiga PPS baharu adalah Surau Nurul Najhin Stapok, Dewan Serbaguna Taman Malihah, dan SK Chung Hua Sejijak.



#air pasang besar #Douglas Uggah Embas #banjir #Kuching #Timbalan Premier Sarawak