MUKAH: Setelah sekian lama dibelenggu dengan liputan internet lembab, penduduk sekitar Mukah terutama di kawasan luar bandar, kini sudah dapat berhubung dengan keluarga dan sanak-saudara dengan panggilan video.
Kenikmatan itu adalah hasil pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu (2020-2022) di Sarawak, yang melibatkan naik taraf menara komunikasi sedia ada ke teknologi 4G bagi menambah baik perkhidmatan jalur lebar dan sebagai persediaan peralihan kepada 5G.
Selain merapatkan jurang komunikasi antara bandar dan kawasan pedalaman, inisiatif itu juga adalah seiring dengan usaha kerajaan Sarawak, yang memacu dan memantapkan lagi penggunaan ekonomi digital untuk rakyat negeri berkenaan.
Tuai rumah panjang di Jalan Balingian-Matadeng Kumbong Anak Nyagang, 65, berkata perkhidmatan yang dinaik taraf itu, telah dapat mengubati rindunya kepada anak dan cucu yang tinggal di bandar lain seperti Bintulu dan Miri, demi mencari rezeki dan jarang dapat pulang kerana kos pengangkutan yang mahal.
"Sebelum ini perkhidmatan (telekomunikasi) di kawasan sekitar amat menguji kesabaran penduduk sebab hanya dapat membuat panggilan telefon, dan kadang-kadang pun kurang memuaskan sebab putus-putus," katanya kepada Bernama.
Namun setelah menara komunikasi yang dahulunya menawarkan teknologi 3G dan kini ditambah baik kepada 4G, kawasan sekitar yang didiami kira-kira 1,000 penduduk kini dapat menikmati komunikasi dalam talian dan melayari internet, untuk mendapatkan berita terkini dan sahih serta hiburan menerusi aplikasi media sosial.
"Syukur bila ada perkhidmatan 4G. Tidak macam dulu hanya dapat buat panggilan telefon dan itupun kadang-kadang kena keluar ke jalan utama untuk mendapatkan isyarat," katanya.
Menara telekomunikasi di Simpang Ulu Bayan siap pada 2020 dengan perkhidmatan 2G dan 3G disediakan ketika itu, namun di bawah inisiatif JENDELA fasa satu, menara itu dinaik taraf kepada 4G yang meliputi 11 rumah panjang.
Simpang Ulu Bayan adalah kawasan luar bandar yang terletak kira-kira 38 kilometer dari pekan Mukah.
Tuai rumah panjang Sungai Bedengan Ulu, Kalang Anak [email protected], 64, juga berpuas hati dengan penambahbaikan dari segi infrastruktur dan kesinambungan yang dilakukan di kawasan luar bandar, kerana ia membolehkan perkhidmatan dalam talian untuk pelbagai jenis urusan dan pembayaran dilakukan.
"Kelajuan telefon dan internet di sini sebelum dinaik taraf amat lembab sampai kadang-kadang tiba-tiba isyarat hilang. Dulu untuk membuat urusan penting perlu berjalan keluar ke jalan besar dalam dua kilometer semata-mata untuk mencari isyarat.
"Tapi kini selepas menara dinaik taraf dengan menawarkan kelajuan 4G lebih senang membuat urusan dalam talian, mendapatkan berita semasa dalam dan luar negara dengan lancar tanpa sebarang sekatan, dan memudahkan anak-anak muda mengikuti pembelajaran secara dalam talian," katanya.
Seorang penduduk, Wilson Anak Bantin, 17, yang hanya pada tahun ini memiliki telefon bimbit berkata kesinambungan yang lebih baik memudahkannya untuk mengikuti pembelajaran dalam talian tanpa masalah serta berhubung dengan rakan-rakan yang berada di daerah lain.
"Ketika saya belajar di Tingkatan Tiga dahulu, seingat saya untuk mendapatkan talian itu sukar. Saya kena berjalan keluar dari rumah semata-mata untuk mencari isyarat.
"Tetapi sekarang dalam rumah pun saya dapat melayari internet dan menggunakan telefon tanpa sebarang halangan, terutama waktu COVID-19 yang banyak mengubah cara berkomunikasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022

Penghuni rumah panjang Sungai Bedengan Ulu, Mukah kini dapat melayari perkhidmatan internet dengan kelajuan 4G. - Foto BERNAMA
![[TERKINI] Sime Darby Plantation tidak lagi guna buruh paksa - AS [TERKINI] Sime Darby Plantation tidak lagi guna buruh paksa - AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007791/33867762551675396552110_640x360.jpg)
[TERKINI] Sime Darby Plantation tidak lagi guna buruh paksa - AS
Jabatan keselamatan dalam negeri Amerika Syarikat mengesahkan Sime Darby Plantation Berhad didapati tidak lagi menggunakan buruh paksa sekaligus membuka jalan untuk Kastam Amerika Syarikat untuk menarik semula sekatan produk syarikat itu.

Kabin kapal persiaran terbakar, penumpang dipindahkan
Sebuah kapal persiaran terpaksa berlabuh di Sydney, Australia untuk memindahkan penumpang yang terjejas berikutan kebakaran berlaku di kabin penginapan kapal itu.

Dewan AS pecat Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan resolusi memecat Ahli Kongres Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri.

AS akui Sime Darby Plantation tidak guna buruh paksa
Ia membuka jalan untuk pihak Kastam AS menarik semula sekatan yang dikenakan terhadap produk syarikat itu sejak Jan 2022.

Olimpik Musim Sejuk Beijing terus beri manfaat sosial dan ekonomi - IOC
Meskipun sudah hampir setahun berlalu sejak temasya sukan itu berakhir, namun semua gelanggang untuk temasya itu masih dibuka untuk kegunaan orang awam dan atlet sukan tempatan.

Usul tidak tanding dua jawatan tertinggi UMNO tidak langgar perlembagaan parti
Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO jawatan itu tidak dipertandingkan, kata Ahmad.

65 kes mati lemas direkod sejak 2020 - JBPM Kelantan
Kebanyakan kes kematian akibat lemas berlaku di sungai selain kawasan tali air, air terjun, pantai, tasik dan pembetungan.

Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport
Selaras peruntukan undang-undang, mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh.

Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.

Ringkas SPUTNIK: Janji Putin kepada warga Rusia
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

'Saya datang ke Penang bukan saja-saja'
Bukan senang untuk bangkit selepas ACL, namun saya tidak akan mengalah, inilah masanya untuk cuba sekali lagi, kata Danish.

Orang Asli Pos Bihai, Pos Balar rayu capaian internet dinaik taraf
Meskipun penduduk mendapat manfaat daripada JENDELA yang disediakan kerajaan, kuota capaian adalah terhad dan tidak dapat digunakan oleh semua penduduk.

Cadangan bina 105 struktur telekomunikasi baharu dalam peringkat akhir kelulusan
Kerajaan negeri bekerjasama dengan telco untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan rangkaian selular di kawasan luar bandar.

MCMC bina menara komunikasi baharu di Padang Serai
MCMC terima laporan dan aduan berhubung kira-kira 8,000 penduduk berhadapan dengan ketiadaan rangkaian komunikasi

Scholes label Manchester United tidak bijak berbelanja
Kelab gergasi EPL itu berbelanja sebanyak 211 juta pound (RM1 bilion) musim ini bagi membawa masuk enam tonggak baru.

Capaian internet menyeluruh di Sarawak menjelang 2024 - Annuar Musa
Kerajaan Persekutuan komited capaian Internet menyeluruh di seluruh negeri Sarawak menjelang tahun 2024, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Sasaran Fasa 1 JENDELA tercapai, liputan 4G pada 95.82 peratus setakat Jun 2022
Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bergerak ke arah sasaran Fasa 1 untuk mencapai 7.2 juta premis yang dilengkapi kebersambungan fiber dan liputan 4G sebanyak 95.82 peratus setakat 30 Jun,2022.

Gary Naville selar pembelian panik Manchester United
Walaupun dengan empat kemenangan berturut-turut, Neville tidak tertarik dengan apa yang dilakukan pihak pengurusan United.

Tiada tambahan tonggak baharu - Ten Hag
Ten Hag percaya Ronaldo akan kekal bersama gergasi liga Inggeris itu di sebalik spekulasi masa depan bintang Portugal itu.