SIBU: Majlis Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Skim Sekuau telah menuntut Felcra Berhad untuk menghentikan operasi ladang kelapa sawitnya di penempatan itu dan membayar dividen kepada peserta dalam masa tujuh hari bermula hari ini.
Pengerusi majlis itu Henry Kanyan Vincent Rawing berkata ini berikutan kegagalan syarikat milik penuh kerajaan pusat itu membayar dividen kepada 404 peserta dari 24 rumah panjang di kawasan penempatan semula itu.
Skim penempatan itu yang terletak 47km dari sini diwujudkan di bawah Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom) pada 26 Mac 1972 bagi menentang aktiviti komunis pada waktu itu.
Beliau mendakwa sejak memulakan operasinya lebih kurang 25 tahun lalu di kawasan itu, Felcra hanya membayar dividen sebanyak empat kali kepada peserta terlibat.
"Felcra bahkan gagal membawa sebarang bentuk pembangunan ke kawasan Sekuau dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk di Sekuau mahupun melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sebagaimana yang dijanjikan dahulu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri ketua-ketua rumah panjang yang terlibat.
Satu laporan polis juga telah dibuat terhadap pihak pengurusan Felcra di Balai Polis Stapang semalam oleh seorang ketua rumah panjang, Tuai Rumah Labang Ayom yang mewakili 25 rakan sejawatnya bagi membolehkan siasatan dilakukan oleh pihak polis, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak.
"Kami tidak mahu berunding kerana sudah banyak rundingan dilakukan sebelum ini, yang semuanya tidak mendatangkan apa-apa keputusan. Tahun lepas sahaja enam rundingan telah dilakukan," tegas Henry.
Beliau mendakwa Felcra memberikan alasan tidak membayar dividen kerana tiada keuntungan, dibebani hutang pembangunan, tidak mempunyai pekerja untuk menuai buah sawit segar dan tiada sebarang perjanjian dengan penduduk terlibat bahawa ia perlu membayar dividen kepada mereka.
"Itu bukan masalah kami. Apa yang kami tahu kami telah menyerahkan tanah untuk dibangunkan dan atas alasan tiadanya perjanjian antara kami dengan Felcra, maka Felcra perlu menghentikan operasi dengan serta-merta," katanya.
Felcra dijadual membuat penanaman semula kelapa sawit di Sekuau pada tahun depan di kawasan tanah seluas 900 hektar.
Beliau berkata hasil pertanyaan dengan pihak Jabatan Tanah dan Survei Sarawak mendapati tanah-tanah terlibat adalah milik rakyat di Sekuau dan jabatan itu tiada rekod bahawa Felcra menjalankan operasi perladangan kelapa sawit di situ.
Henry yang juga ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu menambah jika pihak Felcra tidak menghentikan operasinya maka peserta terlibat akan melakukan demonstrasi bantahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022

JKKK Skim Sekuau telah menuntut Felcra untuk menghentikan operasi ladang kelapa sawitnya di penempatan itu dan membayar dividen kepada peserta dalam masa tujuh hari bermula hari ini. -Gambar hiasan/Dagang News

Dipenjara 15 tahun, 9 sebatan rogol, setubuh luar tabii sepupu bawah umur
Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan sembilan sebatan kerana merogol, melakukan persetubuhan di luar tabii serta melakukan amang seksual terhadap sepupunya.

Bunuh | Enam termasuk pegawai dan anggota polis didakwa
Enam individu termasuk pegawai dan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Tawau pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang pemandu e-Hailing.

PRN | Rundingan agihan kerusi PH-BN akan gagal - MB Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa proses rundingan pembahagian kerusi membabitkan parti-parti dalam kerajaan perpaduan terutama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan menemui kegagalan.

Gempa Bumi | Angka korban di Turkiye dan Syria cecah lebih 11,200
Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria terus meningkat kepada lebih 11,200.

Gempa Bumi | Kumpulan kedua misi menyelamat berlepas ke Turkiye malam ini
Misi bantuan kumpulan kedua anggota penyelamat yang dianggotai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam dijadualkan berlepas 11.45 malam ini.

Harga petrol, diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi tempoh 9 hingga 15 Feb.
![AWANI Borneo [08/02/2023] – Bunuh pemandu e-hailing | Keputusan ADUN sendiri | Tiada lagi kontraktor bermasalah AWANI Borneo [08/02/2023] – Bunuh pemandu e-hailing | Keputusan ADUN sendiri | Tiada lagi kontraktor bermasalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008575/19650021631675855907634_640x360.jpg)
AWANI Borneo [08/02/2023] – Bunuh pemandu e-hailing | Keputusan ADUN sendiri | Tiada lagi kontraktor bermasalah
AWANI Borneo bersama Jasmine Abu Bakar: 1) Enam termasuk pegawai dan anggota polis didakwa bunuh pemandu e-hailing 2) Hajiji Noor serahkan kepada tiga bekas ADUN Warisan untuk buat keputusan sertai Gagasan Rakyat atau sebaliknya. 3) Abang Johari dedahkan kontraktor tidak cekap punca kelewatan projek dan projek sakit.

Malaysia perlu berusaha lebih gigih tangani isu rasuah - GLF
Langkah lebih proaktif perlu dimainkan Malaysia dalam menangani pelbagai isu terutamanya yang membabitkan isu rasuah yang banyak diperkatakan.

Gempa bumi Turkiye-Syria: Angka korban cecah lebih 11,200
Angka kematian di Turkiye dan Syria kini merekodkan jumlah korban tertinggi akibat gempa bumi sejak lebih sedekad lalu.

Sertai Gagasan Rakyat | Terserah kepada keputusan tiga bekas ADUN Warisan – Hajiji
Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada tiga bekas ADUN Warisan untuk memutuskan sama ada mahu menyertai parti itu atau sebaliknya. Jelas Ketua Menteri Sabah itu, sebarang keputusan oleh tiga ADUN itu sudah pasti mengambil kira masa depan politik mereka.

TPM arah Felcra sedia pelan Transformasi 3.0, fokus keterjaminan makanan
Usaha itu mampu mengurangkan kebergantungan kepada import terutamanya melibatkan bahan makanan seperti ayam, daging dan telur.

'Pastikan amanah, jujur, telus' - Pesan Zahid kepada kakitangan Felcra
Ahmad Zahid mengingatkan warga kerja Felcra Berhad (Felcra) supaya sentiasa amanah, jujur dan telus ketika menjalankan tanggungjawab.

Rumah terbakar: Wanita warga emas maut di Felca Lubuk Sireh
Seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian maut dalam kejadian kebakaran di kediamannya di FELCRA Lubuk Sireh hari ini.

Pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra ditangguhkan - PM
PM sudah maklumkan pada timbalan beliau, Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan pelantikan itu.

Ditipu RM156,000, mangsa 'phone scam' ditemui mati
Siasatan awal mendapati mangsa diperdaya oleh sindiket penipuan 'Phone Scam' yang menyamar sebagai wakil syarikat kurier dan polis.

FELCRA Berhad dapat kebenaran bawa masuk 5,000 pekerja asing
FELCRA Berhad telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membawa masuk kira-kira 5,000 pekerja asing bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja di ladang sawit dan getah miliknya.

KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta
Proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Perbicaraan Bung Moktar, Zizie Izette bermula 23 September
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan Felcra Berhad.

Bung Moktar, Zizie Izette diarah bela diri atas pertuduhan rasuah
Bung Moktar dan Seri Zizie Izette diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan Felcra Berhad.

Keputusan kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette esok
Ia membabitkan suapan bagi mendapatkan kelulusan Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.