Skip to main content

Malaysia

Penduduk marah dengan DBKL

41356875487_295x200.jpg
Susulan tragedi tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur( DBKL) menjadi sasaran kemarahan penduduk apabila pihak berwajib itu didakwa gagal mengumumkan pelan membaiki benteng konkrit bagi menghalang tanah runtuh susulan.

Kepada penduduk kegagalan DBKL membentangkan dengan jelas pelan itu boleh menggangu rutin hidup mereka lebih-lebih apabila sesi persekolahan bakal bermula.

Menurut penduduk, janji untuk merobohkan satu unit rumah banglo masih belum terlaksana.

Begitu juga kawalan keselamatan dilihat masih longgar sekaligus menakutkan mereka khususnya apabila hujan berterusan.

Mereka ialah penghuni rumah teres di kawasan Bukit Setiawangsa yang dilanda tebing runtuh pada Jumaat lepas.

Apa yang diharapkan mereka, pihak berkuasa mempertimbangkan nasib penghuni sekitar kawasan kejadian selain memastikan proses pembaikan diselesaikan segera.

Advertisement

Must Watch Video