awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk, pengunjung Rantau Panjang buntu lihat paras air terus naik

Faida Rahim
Faida Rahim
26/12/2023
03:02 MYT
Penduduk, pengunjung Rantau Panjang buntu lihat paras air terus naik
Othman berkata, situasi kali ini dilihat luar biasa apabila paras air naik hingga ke dada. - Astro AWANI
Rantau Panjang: Penduduk Taman Wira Lubok Jong, Rantau Panjang memaklumkan terkejut melihat situasi banjir kali ini.
Pesara anggota polis, Othman Ibrahim berkata, situasi kali ini dilihat luar biasa apabila paras air naik hingga ke dada.
“Kali ini lebih luar biasa, paras air naik sampai ke dada. Saya harap hujan tidak lebat harini. Jadi paras air tak terus naik.
“Semoga pihak Kerajaan negeri lakukan sesuatu dan bantu mangsa terjejas. Hujan pula masih belum berhenti setakat ini,” katanya kepada Astro AWANI.
Situasi banjir terkini di Rantau Panjang ketika ini.
Situasi banjir terkini di Rantau Panjang ketika ini.
Kredit: Astro AWANI
Kredit: Astro AWANI
Dalam pada itu, pengunjung di Rantau Panjang, Fara Azeerin Abdul Karim yang berkunjung ke sini sejak dua hari lalu terpaksa melupakan hasrat untuk pulang ke Kuala Berang selepas kawasan dinaiki air.
“Saya dan keluarga datang ke sini sempena cuti sekolah dan melawat saudara mara.
“Semalam kami sepatutnya pulang ke Kuala Berang dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur,” katanya.
Berkongsi beberapa keping gambar situasi banjir, Fara berharap paras air banjir surut pada hari ini memandangkan risau dengan keselamatan mereka sekeluarga.
“Kereta boleh cari baru, tetapi nyawa kami sekeluarga lebih utama. Sebab itu kami rela duduk sementara di sini. Harapan saya, air akan surut hari ini. Boleh kami pulang secepat mungkin,” katanya.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#Rantau Panjang
#air naik
#Kelantan banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan